fbpx

5 Punca Orang Tak Sabar Tonton Filem Pinjamkan Hatiku

Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum tayangan umum, filem Pinjamkan Hatiku yang mendapat reaksi sangat positif ketika pra-tayangan kini sudah mula membuatkan orang ramai tidak sabar-sabar menantikan filem ini ditayangkan di seluruh pawagam tanah air.

Malah ketika sesi road tour pun peminat utama Ayda Jebat dan Shaheizy Sam sudah ramai peminat mereka tidak sabar-sabar melihat pelakon kesayangan mereka di pawagam.

Kami kongsikan dengan anda beberapa sebab mengapa sebab orang ramai tak sabar menantikan filem ini.

1. Gabungan Hebat Ayda Jebat, Shaheizy Sam & Farid Kamil

Antara kekuatan utama filem Pinjamkan Hatiku pastinya terletak pada barisan pelakon yang terbukti berbakat. Dengan kekuatan menghayati watak, tidak mustahil filem ini mampu pecah panggung dan menjadi filem paling diingati di dalam indsutri perfileman tanah air.

2. Lirik Lagu Menikam Jiwa

Dengar saja lagu Pinjamkan Hatiku nyanyian Ayda Jebat & Adi Priyo, memang terasa betul kesedihan yang bakal anda saksikan di dalam filem ini. Lirik pun pedih sangat kalau didalami betul-betul. Lebih menarik lagi, video muzik ini juga diarahkan pengarah filem ini iaitu Osman Ali.

3. Lagu Nyanyian Hafiz Suip Yang Menikam Jiwa

Okay, ambil masa sekejap dan hayati setiap lirik lagu yang dinyanyikan oleh Hafiz Suip ini. Siapa yang baru putus cinta confirm boleh menitis air mata.

4. Jalan Cerita Meruntun Jiwa

Jika masa pra-tonton pun dah ramai yang menangis, anda boleh bayangkan sendiri bagaimana jalan cerita Pinjamkan Hatiku bakal meruntunkan jiwa anda. Penuh konflik sungguh hubungan antara Laila (Ayda Jebat), Naufal (Shaheizy Sam) & Dr Hasnan (Farid Kamil). Tidak salah kami katakan jika filem kerjasama antara AURAWHITE GLOBAL SDN BHD dan NUANSA PRODUCTION ini pasti menyentuh hati anda.

5. Lokasi Filem Menarik Untuk Dijadikan Tempat Percutian

Antara perkara yang mampu menarik orang ramai untuk kekal di tempat duduk di pawagam pastinya lokasi yang cantik sepanjang filem ini dan mampu menarik penonton untuk ke lokasi penggambaran filem ini.