Bercakap mengenai penjagaan kulit wajah, semuanya pasti impikan kulit yang putih gebu, mulus, tiada jerawat. Senang cerita kulit yang sempurna meskipun tanpa sebarang makeup di wajah.
Tapi tahukah anda, untuk dapat result kulit yang awesome seperti ini anda perlu lebih teliti dalam penjagaan kulit wajah anda. Tak kisah lah sama ada perempuan mahupun lelaki anda boleh sahaja gunakan 5 produk yang bakal kami kongsikan ini. Boleh dikatakan, kelima-lima barangan yang bakal kami kongsikan ini perlu ada di rumah anda.
1. Scrub
Scrub wajah sangat penting untuk anda tanggalkan sel kulit mati yang akan menyebabkan pori-pori di wajah anda tersumbat. Jika tidak wajah anda bakal ditumbuhi jerawat, blackhead dan whitehead.
Lakukan scrub wajah ini sebanyak 1 atau 3 kali seminggu. Untuk anda dapatkan kulit yang lebih mulus dan elakkan menggunakan scrub wajah yang mempunyai butiran kasar yang akan membuatkan kulit wajah anda rosak.
2. Toner
Penggunaan toner pada wajah membantu seimbangkan ph pada wajah anda sekaligus dapat mengembalikan kelembapan kulit wajah.
Bukan itu sahaja, toner juga mempunyai pelbagai fungsi termasuklah memutihkan kulit wajah dan bertindak sebagai anti penuaan. Sebelum anda menggunakan toner pada wajah anda, anda harus kenal terlebih dahulu tahap kulit anda.
3. Serum
Untuk dapatkan kolagen pada wajah, penggunaan serum sangat penting bagi merawat kulit anda yang semakin kurang kolagen seiring dengan usia anda. Serum juga akan menjadikan kulit anda lebih halus.
Cara untuk apply serum pada wajah ini anda hanya perlu cuci muka, sapukan toner dan seterusnya sapukan sedikit serum pada wajah sebelum anda makeup. Lakukan setiap hari untuk dapat keputusan yang memuaskan.
4. Moisturizer
Setiap hari wajah anda akan terdedah dengan sinar UV jadi seharusnya anda jadikan moisturizer ini sebagai rakan terbaik anda untuk sentiasa dapatkan kelembapan wajah yang lebih tip top.
Terdapat dua jenis moisturizer iaitu moisturizing lotion dan cream. Moisturizer ni sangat penting untuk anda yang ingin kekalkan kelembapan kulit wajah sekaligus akan memberikan keselesaan wajah pada anda. Jangan biarkan kulit terlalu kering baru nak apply moisturizer.
Senang cerita jangan sesekali tinggalkan pengambilan moisturizer ini pada waktu malam mahupun sebelum tidur. Ini kerana moisturizer bertindak untuk menjaga serta merawat kulit ketika kulit anda berehat.
5. Cleanser
Sebelum anda apply empat barangan di atas, jangan sesekali lupa untuk cuci muka terlebih dahulu. Jika anda nak tahu pencuci muka yang kurang buih itu lah yang paling bagus untuk anda. Ala, macam pencuci muka Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Yang ni memang highly recomended. Berkesan gila!
Paling best, Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini juga mampu bertindak sebagai makeup remover. Jadi untuk anda yang nak save duit tu bolehlah gunakan pencuci muka Cetaphil yang sesuai dengan semua jenis kulit ni.
Pencuci muka Cetaphil ini juga akan bertindak membersih dan melembap dengan lembut ke kulit wajah tanpa mengikis pelindung kulit semula jadi.
Menariknya, formulasi yang digunakan dalam pencuci wajah Cetaphil ini adalah bebas dari sabun dan wangian yang boleh merosakan kulit anda. Jadi tak perlu ragu-ragu untuk gunakan pencuci ini.
Untuk menggunakan pencuci wajah No 1 ini anda boleh menggunakan dua cara iaitu sama ada menggunakan pencuci tersebut bersama air mahupun tidak. Dua-dua cara ini berkesan untuk anda.
Seramai 97% wanita akan bertukar selepas mencuba Pembersih Kulit Lembut Cetaphil®, mereka juga bersetuju yang ia membersih dan melembap secara lembut tanpa mengikis pelindung kulit semula jadi.
Tidak dapat dipertikaikan lagi, keluaran Cetaphil ini mampu memberikan anda keyakinan untuk keluar rumah tanpa sebarang makeup dan yang pastinya kulit wajah anda bebas daripada kotoran.
Untuk anda yang ingin dapatkan produk wajah Cetaphil ini, anda boleh mengunjungi farmasi berdekatan kediaman anda atau belian secara online di Lazada, Watsons atau Shopee atau layari laman rasmi Cetaphil dan Facebook Cetaphil untuk maklumat lanjut.
https://www.instagram.com/p/B8Ge_pLn2bf/?utm_source=ig_embed
Nak kulit wajah sehalus dan segebus kulit artis haruslah mempunyai kelima-lima barangan yang kami senaraikan ini. Jangan sesekali tinggal produk wajah ini jika tak nak kelihatan tua pada usia masa hadapan.