fbpx

5 Perkara ‘Hangatkan’ Hari Anda Yang Wajib Dilakukan

Setiap permulaan hari baru pastinya anda terus terfikir keadaan trafik di luar sana, kerja yang bertimbun di pejabat dan banyak lagilah yang menjadi rutin harian anda apabila menempuhi hari baru.

Kali ini anda harus ubah cara rutin harian anda untuk miliki hari yang indah secara berpanjangan.

Nak tahu apa yang boleh jadikan anda sentiasa senyum dan ‘hangat’ setiap hari? Jom ikuti 5 tips ini.

1. Mulakan Langkah Anda Seperti Perjuang

Buka sahaja mata untuk mulakan hari baru, elakkan berfikir masalah yang dihadapi hari sebelumnya. Bangun dalam keadaan yang relax mampu memberi aura positif kepada otak anda.

Mulakan langkah anda ke pejabat dengan bergaya dan diiringi senyuman juga membolehkan orang lain membalas senyuman anda tanpa sengaja.

Senang cerita tanamkan dalam fikiran bahawa anda seorang perjuang yang mahu berjuang sehabis baik untuk hidup baru.

Ambil contoh seorang pewira yang memulakan hari mereka dengan tenang meskipun di luar penuh dengan cabaran dan dugaan yang hebat.

2. Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Ini penting untuk anda! Bagi ‘hangat’kan hari anda seharian, pemakanan yang seimbang haruslah dititik berat.

Dari sumber pemakanan juga mampu memberi anda tenaga yang kekal lama dan mampu buat anda ceria sepanjang hari.

Amalkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan perbanyakkan minum air kosong untuk sistem penghadaman anda.

Elakkan mengambil makanan yang berminyak dengan terlalu banyak.

3. Dengarkan Lagu Rancak

Sentiasa memainkan lagu yang rancak juga dapat menjadikan anda seorang yang mesra dan orang sekeliling anda akan lihat seolah anda tidak pernah mengalami masalah.

Ada kajian yang menyatakan muzik rancak dapat memperbaiki mood anda dengan lebih berkesan berbanding anda menikmati kopi setiap pagi.

4. Cuba Aktiviti Luar Dari Zon Selesa

Tinggal seketika masalah kerja yang bertimbun di pejabat. Curi masa untuk anda melakukan suatu aktiviti yang mampu memberi ‘1 kejutan’ sepanjang hari.

Bersenam, hiking, dan diving mampu memberi kesan yang luar biasa buat anda rasa lebih tenang dan nyaman di samping dapat meningkatkan kadar metabolisma dalam diri anda.

5. Layari Internet 10GB Hanya RM2 Sahaja

Jika anda tidak berkelapangan untuk membeli belah mahupun travel apa kata anda gunakan tips yang kelima ini.

Zaman yang serba canggih ini pastinya internet mampu memberi ketenangan dan buat hari anda ceria.

Yalah dengan adanya internet anda boleh menonton movie, video lawak mahupun berkongsi cerita dengan rakan melalui media sosial.

Risau jika internet mahal? Tak perlu bebankan otak anda dengan masalah itu, dengan prabayar Internet Cili Padi Add-Ons Digi ini anda boleh miliki 10GB internet pada waktu pagi (7am – 1 pm)ataupun Midnight (1am – 7am) hanya dengan RM2 sahaja.

Murahkan? Caranya senang sahaja, anda hanya muat turun aplikasi MyDigi App dan anda boleh nikmati apa jua yang anda mahu.

Dengan adanya internet yang super duper hebat ini ia dapat membantu menghangatkan lagi hari anda dan mampu buat anda berada dalam keadaan tenang setiap hari.

Kelajuan internet yang anda miliki melalui Internet Cili Padi Add-Ons pasti akan ‘pedas’ seperti cili dan mampu mmberi kehangatan kepada anda untuk terus menggunakan Digi Cili padi.

Ini peluang terbaik untuk anda ‘hangatkan’ hari anda dengan tipas yang kami berikan.

Selain mampu memberi aura yang positif kepada anda setiap hari ia juga mampu memberi ketenangan yang berpanjang untuk anda harungi hari-hari anda.