fbpx

5 Langkah Untuk Dapatkan Kulit Selembut Sutera

Wanita mana yang tidak teruja untuk miliki kulit selembut sutera. Kalau boleh tak mahu sebiji jerawat pun ada pada bahagian wajah mahupun tubuh badan.

Bukan sahaja wanita yang inginkan kulit selicin kulit bayi, kaum lelaki pun tidak terkecuali tahu. Yalah siapa yang nakkan keluar berjalan dengan penuh jerawat di muka dan badan.

Tetapi bagaimanakah untuk menjaga kulit wajah mahupun badan memandangkan ketiadaan masa zaman sekarang ni? Berikut adalah tips yang ringkas, mudah dan berkesan untuk anda lakukan setiap hari.

1. Jadikan Air Suam Sebagai Kawan Rapat

Sekarang ramai yang tidak gemar minum air suam. Yalah air inikan tiada rasa, tawar sahaja siapa yang mahu minum bukan.

Tapi tahukah anda, banyak kelebihan yang anda akan dapat sekiranya anda jadikan air suam ini sebagai kawan rapat anda setiap masa.

Antaranya air suam dapat membantu menyingkirkan toksin daripada badan dan memperbaiki sel-sel kulit sekaligus menjadikan anda kelihatan ‘awet muda’ setiap masa.

Yalah toksin dalam badan anda akan menyebabkan sistem penuaan lebih cepat berbanding usia sebenar. Jadi dengan minum air suam 2 liter sehari membantu anda lebih kembali remaja.

2. Bedak Sejuk Dan Madu Dijadikan Sebagai Masker

Jika anda perasan, orang dahulu seperti nenek anda sering menampal bedak sejuk pada muka bukan. Ala macam Mak Cun tu.

Sebenarnya mereka bukan sahaja menjadikan bedak sejuk sebagai bedak harian mereka tahu. Sebenarnya mereka sedang merawat kulit mereka dari benda yang tak diingini di wajah.

Tapi zaman sekarang mana ada orang mahu pakai bedak sejuk lagi bukan. Tapi jangan risau untuk kelihatan lebih moden anda boleh jadikan bedak sejuk dan madu sebagai masker.

Caranya mudah saja hanya campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu larutkan madu tersebut dan letakkan pada wajah anda selama 30 minit sebelum tidur dan kemudian bilaskan dengan air bersih.

Terus kulit jadi tegang dan ruang roma anda pun boleh mengecil tahu.

3. Lakukan Skrub Wajah Dan Tubuh

Bukan sahaja penting untuk menjaga kulit wajah. Tetapi anda juga perlu menjaga kulit tubuh badan untuk kelihatan berseri.

Seeloknya anda harus skrub kulit wajah mahupun badan anda 2 atau 3 kali seminggu. Jangan terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan kulit anda kering.

Jika di rumah anda kehabisan stock skrub, jangan risau anda boleh jadikan kopi, gula dan madu untuk mencuci bahagian wajah dan tubuh anda bagi membuang sel kulit mati.

Barulah kelihatan segar dan tidak kusam lagi.

4. Gunakan Pelembab Muka Dengan Betul

Ramai yang menggunakan pelembab wajah supaya kulit mereka kelihatan bersih dan lembut. Apa yang penting anda haruslah bijak memilih kulit wajah yang bersesuaian dengan kulit anda.

Nak lagi senang, anda kenali dahulu jenis kulit anda. Untuk selamatkan wajah anda, gunakan pelembab muka yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Barulah tiada keraguaan untuk anda guna tapi jangan terlalu banyak tahu. Cukup sekadar melembabkan wajah anda.

5. Mencuci Muka

Sebelum melakukan kesemuanya di atas tu. Anda harus membersihkan muka dan badan anda terlebih dahulu.

Zaman sekarang terlalu banyak pencuci muka dan sabun badan yang dijual tapi sukar dicari yang sesuai untuk kulit anda.

Nak-nak lagi kulit anda sejenis kulit yang bermasalah. Sebelum nak mencari pencuci yang sesuai itu pasti anda try and error bukan?

Jadi dalam masa yang sama kulit anda sudah terima banyak jenis produk. Untuk tips yang berkesan elakkan mengunakan pencuci yang mengandungi banyak buih kerana buih ini boleh menyebabkan kulit anda kering.

Anda pasti peningkan pilih produk terbaik untuk anda? Apa kata kali ini anda cuba menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser yang merupakan satu produk yang trending sekarang di farmasi dan media sosial.

Tapi dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini anda tak perlu fikir lagi produk mana yang sesuai untuk kulit wajah anda.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini boleh digunakan untuk kesemua jenis kulit dan sesuai untuk kulit wajah dan badan anda.

Caranya sangat mudah, hanya dengan menggunakan air atau tidak ia akan tetap memberi kesan yang sama.

Yang pastinya kulit anda super duper awesome. Nak lagi menarik, pencuci ini kaya dengan pH yang seimbang serta bebas dari wangian dan sabun sekaligus akan membuatkan kulit anda lembut dan bersinar bak sutera.

Menarik lagi, menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Home Tester Club Malaysia, 99% wanita bersetuju Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersih dengan lembut sambil melembapkan kulit tanpa mengikis lapisan pelindung semulajadi kulit.

Inilah peluang terbaik untuk anda selamatkan kulit anda. Nak-nak lagi, testurnya seperti losyen ala-ala mesra pengguna lagi.

Bukan itu sahaja, Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini juga merupakan penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia yang dirumuskan khas untuk memberikan pengalaman pembersihan yang ideal dengan membersih serta menyingkirkan kotoran tanpa merosakkan kulit anda.

Jadi kepada anda yang sering menggunakan makeup ini pencuci kulit wajah yang paling sesuai untuk anda!

Mana nak carikan, kulit wajah dan badan menggunakan pencuci yang sama. Jimat pun jimat. Inilah masanya untuk anda beralih kepada Cetaphil Gentle Skin Cleanser.

Jadi tunggu apa lagi, cuba kesemua langkah yang kami kongsikan ini, pastinya anda kelihatan seperti bidadari yang melangkah keluar dari rumah tanpa risau masalah kulit pada wajah dan badan.