5 Langkah Untuk Anda Bebas Dari Hutang PTPTN Dengan Segera
Kami percaya ramai di luar sana masih mempunyai hutang lapuk dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga ke hari ini. Kami pun masih ada banyak baki yang masih belum dijelaskan, maklumlah malas membayar dan masih belum dikejar undang undang.
Jangan contohi apa yang kami buat kerana ada banyak cara sebenarnya untuk anda langsaikan hutang PTPTN anda dengan cepat dan kami sendiri sudah mula mengambil langkah langkah awal supaya tidak ada masalah kepada diri sendiri di kemudian hari.
Khabarnya mereka yang masih berhutang dengan PTPTN bakal disenarai dalam CCRIS pula. Fuh, bahaya. Ini ada beberapa tips bagaimana untuk anda membayar hutang PTPTN anda dengan mudah kerana mereka menyediakan banyak lokasi untuk pembayaran.
1. Jadi peminjam yang baik, bayar ikut waktu
Langkah terbaik bagi semua peminjam PTPTN sama ada yang telah disenaraikan dalam CCRIS atau belum ialah untuk menjadi peminjam yang baik (good paymaster) iaitu dengan memastikan pembayaran bulanan adalah teratur dan mengikut jdual bayaran balik yang telah ditetapkan.
Letak ketepi setiap bulan dana khas untuk membayar semula hutang pelajaran kita dahulu. Senang sahaja kalau niat anda kuat untuk langsaikan hutang sendiri ‘kan?
2. Berunding jumlah ansuran dengan PTPTN
Bukan semua kita bernasib baik dapat pekerjaan besar selepas tamat graduasi dan jika bayaran ansuran bulanan di luar kemampuan, anda boleh hadir ke mana mana 60 pejabat PTPTN Negeri, cawangan atau kiosk di seluruh negara untuk rundingan.
Selain itu anda boleh turut hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN yang disediakan percuma untuk anda hubungi jika mahu berunding hal bayaran ansuran. Cuma jangan lari dari tanggungjawab, kasihan generasi kita akan datang
3. Bayar Di Lebih 3,000 Ejen PTPTN
Ramai juga yang tidak tahu yang sebenarnya anda tidak perlu ke pejabat PTPTN setiap kali mahu membayar ansuran bulanan. Mereka telah melantik Bank Islam, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat dan Pos Malaysia yang memiliki lebih 3,000 cawangan di seluruh Malaysia untuk memudahkan pembayaran.
Selain itu anda juga boleh menggunakan kemudahan bayaran balik tanpa tunai melalui EDC Terminal di kaunter PTPTN menggunakan kad ATM atau kad debit bank tempatan anda.
Pasti ada satu yang hampir dengan tempat tinggal anda, tiada lagi alasan.
4. Potongan Gaji & Perbankan Internet
Kalau anda membaca artikel ini, besar kemungkinan yang anda tahu bagaimana untuk guna perbankan internet. PTPTN juga memudahkan anda untuk membayar ansuran bulanan dengan semua perbankan internet utama di Malaysia seperti Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam, Public Bank dan banyak lagi.
Selain itu juga untuk memudahkan kerja dan supaya anda tidak terlupa, PTPTN juga tawarkan sistem potongan gaji setiap bulan yang boleh anda pohon dan borang boleh diperoleh melalui portal rasmi PTPTN.
5. Pengeluaran KWSP
Tahukah anda yang pembayaran ansuran pinjaman PTPTN anda boleh dilakukan dengan pengeluaran dana dari Akaun II KWSP. Permohonan untuk mengeluarkan wang dari akaun tersebut boleh dilakukan oleh peminjam dan ibu atau bapa peminjam selagi ianya memenuhi syarat berikut. Senang kan?
Kami dan pastinya pihak PTPTN sendiri berharap yang semua langkah di atas boleh membantu anda untuk keluar dari kemelut hutang PTPTN secepat mungkin selain membantu generasi akan datang untuk menikmati kemudahan seperti anda sekarang.
kalau nak utang langsai cepat, mohon pihak PTPTN hapuskan interest ( bunga ) . x takut ke makan riba’?
Bayar sikit2 cover kos pentadbirn ngn bunga ja la..udah supa along.. cm x byr.. kos pentadbrn pa tah.. statemnt pn x pnh anto
Bayar…jgn x bayar…
Kenapa nak pertikaikan unsur riba..kos pentabdiran…interest…
Anda buat personal loan…loan kete..rumah…xde interest ker???….
Tak tahu..jom kiter pegi tanya bkn nk pertikaikan
Anda bekerja…guna diploma…guna degree…sedikitnya bantuan drpd ptptn……keje berpuluh2 tahun…sposen x penah jatuh pada yg membantu anda mendpt segulung dip…deg..ish3….jgn salahkan sesiapa jika anda bekerja dgn gaji rendah..guna spm…sebb masa kiter blaja dulu kiter xtahu ape yg menanti dihadapan…kalo kiter tahu kite hanya sebagai suri rumah dimasa hadapan…xkan kiter nk pinjam ptptn…xkan ada org yg nk pinjam….so..fikir2 kan lah….
Jgn salahkan ptptn jika ia terlalu keras skrg kerna terlalu lama ptptn biarkan anda berseronok….jgn nak kata surat tidak sampai kerana anda patut tahu anda berhutang…
Moga peminjam2 diluar sana diberi kesempatan untuk membayar hutang kerna kiter x tahu ape yg menanti dihadapan….insyaAllah….yg pasti hutang tetap hutang…
Dulu PTPTN mengamalkan unsur riba jadi kepada peminjam yg dahulu mmang kena byr 3% kadar faedah..Setelah beberapa pihak bising kerana riba haram di sisi agama,baru la PTPTN ubah ke ujrah 1%..walaupun sumber yang bersih dan halal jika bercampur dengannya sedikit unsur riba tetap haramlah kesemuanya.
Mmg bt byrn..kekdg 50..kekdg 100 sebln.. kekdg miss..itu sj yg mampu..personl, keta, umah mmg x bt lg.. pegi keja naik moto peningln org tua..untng la..sp yg dpt keja yg baik & xda komitmen lain.. bleh la xrs perit nk byr..
hati rasa senang dan kepala tak jadi runsing bila kita bayar secara ansur ptptn setiap bulan. Bila kita tekadkan azam untuk bayar balik ptptn yang dari awal lagi dah berjanji secara tulis untuk membayar balik pinjaman ptptn selepas graduate; hati kita rasa bahagia sebab bersyukur telah tamat pengajian dan kedua, kita boleh dapat membantu generasi kita mendapat pinjaman untuk meneruskan pelajaran seperti nikmat yang kita dapat dulu. Saya sebagai seorang ibu pun kini sedang membayar ptptn anak saya yang dia ambil untuk belajar peringkat diploma dulu. Kini syukur dia dapat belajar di utm peringkat degree dalam jurusan hartanah dgn memperoleh biasiswa dari sime darby. Harus ingat kalau kita ingin sebuah kehidupan yang selamat dan segala usaha kita di permudahkan allah swt, maka bayar lah hutang yang sedia ada. God helps those who helps others and keeps to their promises.
HUTANG WAJIB BAYAR
so pandai2 la yer
ramai lagi student perlukan PTPTN….
jgn fikir diri sdr..fikir org lain sama
seme salah jibby.. rakyat miskin x berduit salah jibby dan big mama..
Kalau belum dpt kerja mcm mana mahu bayar?. . .
jgn salahkan sesiapa..dah pinjam bayar aje..saya pun alhamdulillah masih ada kesedaran utk abiskan hutang ptptn saya walaupun gaji tak banyak mana.
Cara Periksa Baki Ptptn & Semak Baki Ptptn
http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/09/cara-periksa-baki-ptptn.html
Tips yang berguna untuk selesaikan hutang ptptn.
Hutang nak kena selesaikan cepat-cepat. Baru boleh tenang sikit hidup.
saya banyak duit loo.. 2.6 Billion.
saya kasi freee semua…!
Kalau nama da blacklist dari buat loan..
Kita kena bayar berapa ye nk bagi nama bersih…?
yg dah ada keja dan banyak duit mmg sedap cakap dah hutang mmg lah mesti bayar..yg miskin dan xda keja? Dah la miskin, lepas graduate keja kilang pn xdapat..rakyat pinjam ptptn sebab xda duit sambung blajar dn tahap kemiskinan di malaysia masih tggi..sbab apa banyak rakyat miskin dan berpendapatan rendah? LU TANYA BALIK TAUKE 2.6BILLION..
Agreement penstrukturan smue dh settle…dah dpt blk copy sendiri..brp lame kn tggu utk ptptn keluarkan statepment bebas dari tunggakan?
Sy xhabis belajar sbb pointer xckup.. hutang ptptn bjumlah rm19k lebih.. dulu nk byr tp gaji xseberapa.. skrg alhamdulillah gajinda ok tp still xde saving.. epf akaun 2 pulak da ckup rm19k lebih.. da apply pengeluaran akaun 2 utk byr full settlement ptptn ttibe dpt info yg sy xleh kluarkan akaun 2 epf utk byr ptptn sbb xhabis study..
Bkn sy xnk byr hutang.. nk byr tp epf xbenarkn sbb alasan dulu xhabis study.. habis tu smp bila kami nk berhutang?
kalau undi PR habis langsai semua hutang PTPTN, itu pun tak mau undi lagi. bangang tak boleh nak di ajar anak2 didikan najib al badigol ni.
pinjaman segera untuk membayar hutang anda sila hubungi kami di [email protected]
kalau buat personal loan, langsaikan ptptn… mana lagi jimat
salam semua,
Terima kasih admins beri saya peluang berkongsi info.
Saya boleh membantu kakitangan swasta utk submit permohonan pinjaman peribadi ke bank walaupun ada tunggakan/ resceduled pinjaman ptptn.
Syarat lain, mestilah tidak ada tunggakan pinjaman lain.
Swasta saja.
Sebarang pertanyaan sila hubungi whatsapp saya di 0139919569
Ptptn nih tk thu lgu mane.
Ambe nih pnjm rm48k . bljr ipts. Mntok ipta tk dpt2 setahun .
Hbis bljr. Mengganggur. Mntok keje xdpt.
Msuk bljr kemahiran. Buat niage kecil2 jual air, nasik lemak kt kmpumg..
Mari surat kabo tk byor . dh dekat 2 thn . tunggakan rm7k .
Thn 2017 . bru dpt kje kontrak.
Buat struktur smule. Ntuk 30 thn.. Caj pngurusan rm15 + rm48k . almost rm64k . walaupun ujrah 1% . sistem riba . thn kedua 1% lagi. 1% lgi..
Nk khwin ntah lerr..
pelik manusia ni. loan rumah, kereta dekat seribu sebulan mampu lak bayar. tapi loan pendidikan sebulan seratus lebih pun tersiput siput
Lps grad, sementara dpt keja setimpal ijazah, sy keja kilang, berbekalkan sijil SPM dengan basic RM360. Separuh bagi pada mak, untuk tampung perbelanjaan keluarga. Abah sakit jantung dan adik OKU. Lepas setahun, Alhamdulillah dapat kerja kerani berbekalkan sijil SPM jg dengan basic RM800.
PTPTN ni kalau tak mampu, sy byr RM50 sedangkan kena bayar RM200 sebln.
Tapi dpt juga notis sbb ada tunggakan. Notis pl smpai selepas tempoh tamat (14 hari dr trkh surat) walaupun guna pos laju.
InsyaAllah next week sy akan ke UTC Alor Setar utk bincang dgn Pegawai PTPTN. Almaklumlah tempat tnggal dn kerja di kwsn pendalaman.
Tak salahkan sesiapa tp slh diri. Ini dugaan Allah bagi sbb Allah syg pd sy dn tak nak sy terus jd hamba hutang. Manusia yg benar2 kaya bknnya yg tnggal banglo 3 tngkat atau bawa kereta mewah. Manusia yg benar2 kaya adalah yg bebas dr hutang.
Ada duit kwsp tp x blh nk keluarkan byr ptptn..katenyer sbb graduate tahun 1999..macamana nk selesaikan ptptn.cubala bg kelonggaran kepada peminjam bawah thn 2001.