fbpx

5 Juta Murid Dapat Manfaat Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Dalam usaha meringankan beban rakyat ketika ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru baru ini telah mengumumkan kemaskini terhadap Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pada tahun 2022, nilai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dinaikkan dari RM100 kepada RM150.

Bagi tahun 2023, penambahbaikan terus dibuat kepada BAP, semua murid akan menerima BAP tanpa mengira pendapatan ibu bapa mereka.

Sebelum ini, ibubapa yang berpendapatan RM3000 ke bawah sahaja yang layak menerima BAP untuk anak yang bersekolah.

“Terima kasih atas keprihatinan. Ramai lagi yang parents gaji 3000 ke atas, anak ramai hidup susah di bandar. Pemberian ini memang baik untuk anak-anak di sekolah,” ujar Salmah Alighor menerusi Facebook baru baru ini.

BAP yang diberikan secara menyeluruh kepada semua murid seramai 5 juta orang di seluruh Malaysia ini pastinya akan meringankan beban ibu bapa untuk membuat persiapan persekolahan anak anak mereka.

“Alhamdullilah ini baru betul, anak-anak ni mana ada level B40, M40 dan T20 sebab mereka semua tiada pendapatan. Jadi baguslah bagi semua sekali rasa,” ujar Amierul Marresya menyokong langkah memberikan BAP kepada semua lapisan murid tanpa mengira status pendapatan ibu bapa.