fbpx

5 Iklan ‘Makan Dalam’ Wajib Tonton Bulan Ogos Ini

Tidak dapat dinafikan rakyat Malaysia sememangnya sangat prihatin dengan setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita. Ada yang bersopan santun, suka tolong menolong dan juga ramah.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa kadangkala ada perkara yang kita selalu lalui namun dalam masa yang sama berharap agar ia dapat berubah kepada yang lebih baik. Inilah yang cuba dibawakan oleh Watsons Malaysia.

5 video pendek yang anda akan lihat ini memang mencuit hati, siap ada plot twist lagi. Video nombor 5 itu kalau berhadapan dengan situasi sebenar, memang boleh buat hati panas punya. Walaupun simple dan sekejap saja video ini, tapi penuh pengajaran. Eh jom layan dulu, baru tahu KonfirmGood atau tidak.

1. Luar Kereta Baik, Bila Memandu Jadi Singa


Ha, ini confirm ramai yang terkena pada batang hidung sendiri’kan? Sebelum memandu kitalah orang paling bersopan santun tapi bila memandu, habis semua kena maki. Kena banyak bersabar sebenarnya’kan?

2. Dia Seorang Saja Mahu Cepat, Pentingkan Diri Sendiri


Perangai ini kalau tak dibendung dari sekolah, dari beratur di kantin pun asyik nak memotong barisan saja. Sudahnya boleh bawa sampai ke besar. Biasa orang macam ini, bila buku bertemu ruas, baru dia tahu mengalah.

3. Ajak Lepak Tapi Hadap Telefon!

Masa mula-mula mesej kawan ajak lepak bukan main meriah tapi bila jumpa, semua hadap telefon masing-masing. Perangai macam ini sebenarnya sangat merugikan kerana setiap masa terluang dengan orang yang kita sayang adalah sangat bermakna.

4. Panggilan Buat Pelayan Yang Hanya Ada Di Malaysia

Cat calling atau apa yang anda selalu saksikan di kedai mamak kebiasannya ini memang menjadi satu budaya pula. Masalahnya kadang-kadang bila orang lain yang buat bunyi macam tikus ini, kita pun terikut sekali pandang

5. Tempah Parking Memang Boleh Buat Gaduh

Inilah antara perlakuan yang paling menguji kesabaran lagi-lagi bila tempat parking tengah sesak. Tak cukup sabar memang ada yang menjadi mangsa viral di laman sosial. Cuba share sikit siapa yang pernah kena macam ini.

Marilah Berubah

Sebenarnya melalui 5 video pendek di atas, sememangnya semua perkara tersebut dapat diubah sekaligus menjadikan negara kita sebuah negara yang lebih baik – bak pantun di bawah ini:

Baik sama-sama, sama-sama baik
Jadilah rakyat Malaysia #KonfirmGood dengan Watsons

Jadi bagi siapa yang tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui perkara terkini di Watsons, jangan lupa untuk ikuti Facebook mereka, Watsons Malaysia.