fbpx

Filem superhero terbaru di’pawagam, The Amazing Spider-Man memang membuktikan yang ia’nya memang menjadi pilihan ramai selepas berjaya mengutip lebih US$340 juta sepanjang seminggu tayangan di’seluruh dunia. – NY Times

Kalau’lah anda peduli, Indonesian Idol 2012 kini telah pun berakhir dan Regina Ivanova telah di’nobatkan sebagai juara kali ini. Beliau bakal membuat persembahan bersama David Cook, juara American Idol 7. – Kapan Lagi

Filem dokumentari berkisar teori konspirasi kematian Princess Diana (gambar) telah di’haramkan terus dari di’siarkan di mana mana kaca televisyen kerana merisaukan surat saman yang berkemungkinan timbul. – TMZ

Kes penceraian Katie Holmes & Tom Cruise telah meletakkan kembali fahaman agama Scientology dalam topil perbualan seharian. Ini senarai selebriti ternama Hollywood yang ada kaitan dengan agama itu selain Tom Cruise. – The Wire

Kalau sudah namanya selebriti, kes kecil sebegini pun jadi bahan cerita. George Clooney & Stacy Keibler baru baru ini di’laporkan telah keracunan makanan ketika mereka berdua bercuti di Itali. – People

VIDEO HARI INI: Kalau anda seperti kami yang tidak sabar menantikan muncul’nya The Dark Knight Rises, ini video untuk di’tonton. 13 minit bersama pelakon & pengarah.