fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.143)

Ah sudah. Semalam si isteri kata sudah berjumpa untuk selesai kes penceraian secara baik namun Jimmy Shanley hari ini menafikan yang perkara itu berlaku dan berkata kali terakhir berjumpa pada 4 Oktober 2011. – mStar Online

Bersempena World Refugee Day 2012, Angelina Jolie yang sememangnya terkenal dengan aktiviti kemanusian beliau menyumbangkan US$100,000 kepada kerja kerja UN dalam menguruskan pelarian Syria. – Just Jared

Jim Carrey telah mengesahkan yang beliau tidak akan terlibat dalam sekuel Dumb & Dumber dan hari ini pasangan beliau dalam filem popular 1994 tersebut Jeff Daniels berkata tiada sekuel tanpa pelakon popular itu. – MTV News

Kumpulan Forteen telah tampil dengan lagu dan video muzik terbaru Seperti Dulu yang juga merupakan runut bunyi untuk filem terbitan KRU Studios, 29 Februari yang bakal hadir ke pawagam Ogos nanti. – KRU Studios

Selepas berpisah sekitar April 2010, mahkamah hari ini memutuskan yang Halle Berry (gambar) perlu membayar US$20,000 wang sara hidup anak’nya yang kini bersama bekas suami Gabriel Aubry. – People

VIDEO HARI INI: Bersempena hari Jumaat penghulu segala hari, ini sebuah video iklan menyedarkan orang ramai tentang bahaya merokok — dalam stail yang menyentuh hati.