fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.141)

Pendakwah bebas, Ustaz Zahazan Mohamed memuji tindakan Awi Rafael yang berani tampil memberikan penjelasan tentang isu tatu & bertaubat akan kesilapan masa silam. – mStar Online

Pelakon Hollywood penuh kontroversi, Charlie Sheen sahkan yang beliau bakal meninggalkan dunia lakonan selepas siri TV Anger Management melabuhkan tirai. Pelakon ini berada dalam industri sejak 1984. – Business Standard

Lewat petang semalam, satu lagi berita kematian palsu selebriti timbul dan kali ini melibat Remy Ishak bertebaran di Twitter. Nyata khabar angin sekadar khabar angin & sempat bergurau dengan peminat yang prihatin. – Beautiful Nara

Kami pasti ada antara anda merupakan peminat siri TV Jersey Shore. Heh. Tahukah anda yang Snooki, The Situation & Pauly D masing masing menerima bayaran sebanyak US$2.55 juta untuk setiap musim kemunculan mereka? – Radar

Tidak mahu ketinggalan, bahagian terakhir siri filem Twilight Breaking Dawn: Part 2 kini mula menunjukkan sedutan menarik & baru baru ini menampilkan Mackenzie Foy sebagai anak kepada Bella & Edward Cullen. – People

VIDEO HARI INI: Hari tayangan hanya bermula pada 20 Julai tetapi tiket tayangan tengah malam The Dark Knight Rises sudah habis terjual & ini trailer terbaru yang di’keluarkan.