fbpx

5 Destinasi Bajet Di Indonesia Yang Boleh Anda Pergi Sekarang

Seperti kami katakan sebelum ini, Indonesia memang penuh dengan lokasi menarik untuk dijadikan destinasi percutian dan kali ini kami bawakan fokus kepada lima tempat di Indonesia yang boleh anda lawati dengan kos rendah.

Lebih lebih lagi dengan promosi terbaru AirAsia yang menawarkan potongan 50% ke atas semua penerbangan ke Indonesia. Tiada lagi alasan, jom!

1. Jakarta

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Walaupun terkenal sebagai kota metropolitan yang sibuk dan paling ramai penduduk di Indonesia, ini tidak menghalang pelancong untuk menikmati percutian tanpa berbelanja banyak. Berjalan sekitar kota Jakarta sudah cukup untuk kita melihat budaya orang bandar di Indonesia.

Jika penat, singgah ke ratusan kedai kopi pelbagai konsep di Jakarta yang pasti gambarnya akan cantik di Instagram anda. Dan, lebih jimat dengan AirAsia kini.

2. Lombok

75600_1680_948

Semakin digemari pelancong Malaysia sejak akhir akhir ini, Lombok sering diberi jolokan sebagai mini Bali. Sesuai dengan nama tersebut, kos melancong di Lombok boleh dikatakan jauh lebih rendah dari kepulauan Bali yang memang popular di seluruh dunia.

Selain penuh dengan pantai & pasir putih, Lombok juga terkenal dengan betapa mudah dan murahnya untuk mendapatkan makanan halal. AirAsia pula terbang dua kali ke Lombok dari Kuala Lumpur, kini dengan tambang 50% lebih murah. Jimat!

3. Surabaya

sunrise-at-bromo-volcano-east-java

Yang cintakan aktiviti luar dan tidak banyak memakan kos, Surabaya pastinya destinasi yang perlu dituju. Melihat matahari terbit di Gunung Bromo memang pengalaman tidak ternilai selain menikmati keindahan alam di Taman Negara Baluran.

Seperti biasa, AirAsia terbang terus ke Surabaya dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru setiap hari. Ada kami beritahu yang kini tambang diberikan potongan 50% untuk masa terhad. Cepat rembat jangan melepas.

4. Solo

789f2ed16688530f9bc8e8b033456f4e

Mungkin kurang popular berbanding destinasi lain dalam senarai ini namun Solo mempunyai tarikan tersendiri untuk anda semua. Dari kecantikan semulajadi air terjun Jumug, nikmati budaya batik asli di Kampoeng Batik Laweyan sehinggalah sejarah hebat candi Sukuh & Cetho, Solo ada semuanya. AirAsia tawarkan penerbangan 3 kali seminggu ke Solo terus dari Kuala Lumpur.

5. Yogyakarta

69974yogyakarta

Memiliki dua Tapak Warisan Dunia UNESCO, Yogyakarta menjadi salah satu destinasi wajib di Indonesia buat anda yang mahu mendalami sejarah dunia dengan kos rendah. Candi Prambanan & Borobudur destinasi wajib pergi selain melihat sendiri Gunung Berapi Merapi.

AirAsia terbang dua kali sehari ke Yogyakarta dari KL dan kini tambang promosi diberikan potongan 50%. Apa boleh kita buat dengan penjimatan hebat ini? Ya, kaum wanita tahu jawapannya. Yogyakarta itu syurga beli belah. Jom!

Screen Shot 2015-09-11 at 2.40.57 PM

Bukan lima destinasi ini sahaja, AirAsia kini turut menawarkan potongan 50% ke atas semua penerbangan ke 16 destinasi di Indonesia — Balikpapan, Bandung, Banda Aceh, Bali, Jakarta, Lombok, Medan, Padang, Palembang, Pontianak, Pekanbaru, Surabaya, Solo, Semarang, Makassar dan Yogyakarta.

Anda boleh menempah mulai 14 September sehingga 20 September 2015 untuk penerbangan 19 September 2015 sehingga 17 Disember 2015.