fbpx

5 Cinta Lokasi Selebriti Malaysia Paling Hangat!

Kisah cinta selebriti sentiasa menjadi perhatian peminat industri hiburan tanah air. Kalau boleh nak tahu dengan siapa mereka bercinta dan siapa sebenarnya kekasih atau pasangan mereka.

Boleh dikatakan ramai selebriti yang memilih pasangan yang juga terlibat di dalam industri. Ada yang terjebak dengan cinta lokasi dan akhirnya mendirikan rumah tangga.

Tapi, kali ini kami ingin kongsikan 5 cinta lokasi selebriti Malaysia yang pernah menjadi bualan hangat netizen.

1. Norman Hakim & Memey Suhaiza

Gandingan bersama dalam drama Pasrah mencetuskan kontroversi kedua-dua pelakon ini. Norman pada ketika itu masih suami kepada Abby Abadi telah ditangkap khalwat bersama Memey Suhaiza di pejabat Norman Hakim. Kes tersebut menyebabkan pergolakan rumah tangga Norman Hakim dan Abby Abadi dan berakhir dengan perceraian. Namun akhirnya, Norman dan Memey bersatu sebagai suami isteri pada tahun 2011.

2. Aeril Zafril & Wawa Zainal

Mula berkenalan pada tahun 2010 di set pengambaran drama Klik, Aeril dan Wawa mula menjalin hubungan cinta. Malangnya ia dihalang oleh pihak pengurusan mereka kerana Wawa terikat dengan kontrak syarikat tersebut. Dalam diam pasangan ini sudah pun bernikah secara rahsia pada Februari 2012.

3. Akim Ahmad & Stacy

Pasangan ini mula berkenalan ketika menyertai program realiti. Ketika itu Akim baru saja berusia 18 tahun dan Stacy berusia 19 tahun. Inilah yang dinamakan jodoh. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.

4. Yana Samsudin & Fadzil Zahari

Pasangan ini mula menjalin cinta ketika pengambaran filem Rempit V3. Ketika itu Fadzil merupakan penulis skrip filem tersebut, manakala Yana Samsudin adalah penolong pengarah.

5. Fattah Amin & Fazura

Pasangan ini didakwa bercinta selepas berlakon bersama di dalam drama Hero Seorang Cinderella. Lebih meyakinkan lagi dakwaan tersebut, Fattah menghadiahkan 500 kuntum ros buat Fazura. Dalam diam pasangan ini sudah pun bertunang dan beberapa hari kemudian disahkan bernikah.