Untung betul buat mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan sebab tahun ini akan diadakan pelbagai aktiviti menarik di beberapa lokasi sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2016. Jika anda ingin tahu bila dan apa aktiviti yang menarik sepanjang bulan Februari ini, jom baca dan tandakan awal-awal tarikh yang kami akan kongsikan nanti.
1. Malam Sambutan Hari Wilayah Persekutuan
Malam istimewa buat warga Wilayah ini akan menampilkan artis jemputan Amy Search, Nadira Adnan dan kumpulan Dadali. Ianya akan berlangsung pada 6 Februari di Dataran Labuan, WP Labuan. Bermula dari jam 7:30 malam.
2. Kenduri 1Wilayah Persekutuan dan Sesi Gotong Royong
Aktiviti gotong-royong kebersihan dan anti denggi akan diadakan bersama komuniti bagi menjaga persekitaran serta menghapuskan nyamuk aedes. Jom sama-sama kita menghapus aedes dan mencegah denggi! Selepas itu akan diadakan gotong royong kenduri 1wilayah bersama penduduk setempat di setiap Parlimen. Untuk tahu tarikh dan lokasi boleh ikuti (follow) Facebook KWP (www.facebook.com/KemWP/).
3. Treasure Hunt Wilayah Persekutuan
Bagi memeriahkan lagi kalendar SHWP 2016, acara Treasure Hunt ini akan diadakan pada 13 Februari (Sabtu). Boleh ajak rakan atau keluarga untuk sama-sama menyertai Treasure Hunt WP Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu pada tahun ini.
Sebanyak 200 kereta atau 800 orang warga Wilayah dicari untuk menyertai Treasure Hunt ini di mana sepanjang perjalanan anda perlu mencari jawapan kepada clue mengenai Wilayah Persekutuan.
4. Pertandingan Melukis & Mewarna Wilayah Persekutuan
Pada 20 Februari (Sabtu) pula, akan diadakan Pertandingan Melukis Dan Mewarna WP. Ini memang seronok jika bawa anak-anak terutama yang memang hebat melukis, bolehlah sertai pertandingan ini khusus untuk kanak-kanak di bawah 17 tahun yang tinggal atau bersekolah di Wilayah Persekutuan sahaja!
Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, kita juga dapat sama-sama meluangkan masa bersama pelbagai lapisan masyarakat yang turut hadir nanti. Barulah 1Malaysia!
5. Majlis Khatam Al-Quran Wilayah Persekutuan
Sementara itu, pada 25 Februari (Khamis) pula akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran WP. Majlis ini akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan. Majlis ilmu sebegini pastinya membawa berkat di dalam kehidupan selain dapat mendekatkan diri kepadaNya.
Menarik bukan 5 aktiviti yang akan dianjurkan pada bulan Februari nanti oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Tapi jika anda ingin tahu, sebenarnya terdapat beberapa lagi aktiviti yang telah dijadikan acara tahunan. Antaranya ialah
Pastikan anda hadir ke setiap program yang diadakan ini dan sama-sama mengambil kesempatan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga dan silaturahim bersama rakan-rakan. Jika tidak mahu ketinggalan sebarang update, ikuti (follow) Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan (www.facebook.com/KemWP/).