fbpx

Hampir empat tahun bergelar duda, pelakon Nazim Othman tidak kisah hidup bersendirian. Bagaimanapun, Nazim berkata tidak bermakna dia seorang lelaki kesunyian.

Memetik Kosmo Online, Nazim berkata dia tidak trauma untuk mendirikan rumah tangga lagi, namun jodoh masih belum sampai buat dirinya.

BACA: Netizen Tegur Video Nazim Othman Nampak Bentuk Alat Sulit

“Rasanya, dah agak lama saya single dan bahkan, ini tempoh paling lama setakat ini. Bukan trauma (nak kahwin lagi) tapi saya ada dunia saya sendiri dan saya juga pernah berada dalam fasa menghadapi situasi-situasi yang tak berapa ‘best’ waktu membesar.

“Jadi, sekarang ini, saya suka sendiri. Sunguhpun begitu, tak bermakna apabila seseorang itu sendiri, dia kesunyian,” katanya.

Mengakui dirinya seorang lelaki introvert, Nazim berkata sebelum ini selepas bercerai dia pernah terbuka hati untuk mencari pengganti namun tiada calon.

“Jujur, sekarang memang saya tiada siapa-siapa. Pernah dulu lepas bercerai terbuka hati nak cari pengganti tapi tiada calon yang saya jumpa.

“Saya sampai tanya pada kawan-kawan kalau mereka ada calon isteri yang sesuai untuk dipadankan dengan saya. Sampai tahap begitu sekali tapi Tuhan tetap tak hadirkan sesiapa (jodoh) buat saya.

“Tidak mengapalah. Saya fikir sekarang, ada banyak benda penting lain yang boleh dibuat dalam hidup selain sibuk cari pasangan,” katanya.

Terdahulu, Nazim pernah berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, namun bercerai pada 17 Mei 2018.