fbpx

4 Sebab Buatkan Anda Nak Tonton Peter Rabbit Banyak Kali!

Di adaptasi daripada buku cerita kanak-kanak berjudul The Tale of Peter Rabbit, filem Peter Rabbit bakal memberikan anda banyak kejutan dan pasti ramai tak sabar nak menonton aksi arnab nakal itu nanti.

Kalau nak tahu, buku cerita kanak-kanak yang diterbitkan pada tahun 1902 ini pernah popular di kalangan kanak-kanak satu ketika dahulu.

Bakal ditayangkan pada 15 Mac ini oleh Sony Pictures, Peter Rabbit mengisahkan tentang keluarga arnab Peter bersama tiga adik kembar perempuannya Flopsy , Mopsy dan Cottontail serta sepupu mereka, Benjamin. Mereka mencuri hasil kebun McGregor yang sebenarnya telah merampas kebun yang satu ketika dahulu didiami oleh keluarga Peter dan petani McGregor telah membunuh ayah Peter.

Ramai yang tidak sukakan watak Peter Rabbit kerana kenakalannya, tapi rasanya kalau dah nama pun kanak-kanak, mestilah nakal. Anda wajib bawa anak anda untuk menonton filem ini kerana banyak nilai penting yang mereka akan belajar.

Ini antara sebab kenapa korang mesti tonton Peter Rabbit dan filem ini akan buatkan anda nak tengok banyak kali!

Peter Rabbit nakal & bermasalah tapi suka membantu

Peter Rabbit adalah arnab yang nakal dan selalu buat masalah tetapi baik hati yang tinggal di dalam sebuah lubang bersama adik-beradiknya dan sepupu Benjamin. Walaupun bapanya pernah ditangkap dan diletakkan di dalam pai oleh petani McGregor, Peter tidak dapat menahan diri untuk menyelinap ke taman McGregor untuk mencuri buah-buahan dan sayur-sayuran untuk keluarganya. Sifat degil dan tiada rasa takut Peter Rabbit selalu menjadi masalah.

Seorang yang tidak mahu menyerah kalah

Selepas mengetahui ada orang baru iaitu McGregor tinggal di kebun mereka, Peter nekad untuk memastikan dia dan keluarganya untuk terus tinggal disitu walaupun perlu berlawan dengan manusia.

Degil & tiada rasa takut

Sifat degil dan tiada rasa takut Peter Rabbit selalu menjadi masalah. McGregor bekerja di bahagian permainan kanak-kanak di pasar raya Harrods merancang mengubah suai rumah diwarisinya itu dan menjualnya untuk dijadikan modal membuka kedai permainan sendiri.

Bagi melaksanakan impian itu, dia perlu berdepan dengan Peter dan rakannya yang tinggal di kebun berhampiran rumah terbabit. Peter dan rakannya tidak mahu menyerah kalah dan nekad mematahkan hasrat McGregor.

Mempunyai seorang kawan yang setia & adik beradik sentiasa bersama

Tak kisah masalah apa yang Peter selalu cetuskan, Benjamin, sepupu kepada Peter, sentiasa ada bersama Peter dan seorang yang baik hati. Selalu beri amaran di atas setiap kerosakan yang Peter lakukan.

Flopsy, Mopsy, dan Cottontail adalah tiga adik perempuan Peter. Flopsy sentiasa rasa dirinya tidak dihargai. Mopsy, selalu terjerat dengan dengan perhiasan kehidupan manusia dan romantik. Cottontail pula sangat sukakan cabaran dan menjadikan abangnya, Peter sebagai idola.