Umum mengetahui sebelum ini hangat diperkatakan apabila rumah pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta diserbu pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) susulan gagal melunaskan pinjaman hampir RM1 juta.
Terbaru, barangan mewah milik pelakon itu dikatakan berjumlah RM902,012.46 bakal dilelong di kediamannya di Kota Damansara esok.
BACA: Gagal Bayar Pinjaman Sejak 2017, MARA Fail Bankrap Terhadap Che Ta, Anak Sulung
Memetik Utusan Online, sesi lelongan itu bakal dikendalikan syarikat Auctrade Auctions Solution. Lelongan itu bakal melibatkan 34 barangan mewah seperti sebuah kereta jenama Haval, peti ais, pendingin hawa, ketuhar, gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, vakum, televisyen dan perabot.
Difahamkan, perkara tersebut dikongsikan menerusi sebuah dokumen perincian lelongan yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Terdahulu, bahagian undang-undang Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy yang gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017.
SUMBER: Utusan Online