fbpx

Hantu Kak Limah Bertemu Teman Baru di LEGOLAND® Malaysia Resorts?

Baru-baru ini Hantu Kak Limah bertemu rakan-rakannya di LEGOLAND. Senang cerita reunion hantu-hantulah dan dengar cerita Kak Limah jumpa buah hati di LEGOLAND, betul ke?

Sempena Brick-or-Treat yang berlansung di LEGOLAND bermula 1 sehingga 31 Oktober 2018 ini, festival ini ternyata menjadi kesukaan seisi keluarga disamping dapat menyertai pelbagai aktiviti yang penuh dengan keseronokan.

Di LEGOLAND, bukan sahaja Hantu Kak Limah berjumpa dengan kawan-kawannya yang sudah lama tak jumpa, Kak Limah juga sudah jatuh hati dengan Lord Vampyre.

Pertemuan yang bermula di sebuah taman yang menjadi saksi cinta Hantu Kak Limah dan Lord Vampyre ini pastinya menjadi kegembiraan buat Hantu Kak Limah dan rakan-rakannya berpesta sakan.

Cinta Kak Limah kepada Lord Vampyre semakin berputik apabila Lord Vampyre memberi Kak Limah hadiah sebiji labu. Kalau anda semua ingat, Kak Limah sememangnya gemar makan bubur keladi tapi rasanya lepas ni, bubur labu lah pulak jadi kegemarannya ya.

Di samping itu, mereka berdua juga menyertai perarakan ‘Monsters Parade’, khabarnya Kak Limah menari boleh tahan juga. Ewah!

Pertemuan Kak Limah dan Lord Vampyre ini disaksikan oleh ribuan pengunjung LEGOLAND pada hari Sabtu, 6 Oktober 2018 yang lepas. Tambah menyerikan lagi suasana apabila terdapat pengunjung yang turut selfie bersama mereka.

Bukan setakat itu sahaja, Kak Limah juga dapat merasai pengalaman baharu menaiki VR Coaster. Wah wah wah, happening betul Kak Limah sekarang!

Di akhir aktiviti terlihat Kak Limah bersama rakan-rakannya mendaftar di LEGOLAND Hotel dan jelas terpancar kegembiraan diwajahnya.

Anda pastinya ingin tahu apa yang membuatkan Kak Limah tersenyum lebar bukan? Inilah masanya untuk anda sekeluarga merasai sendiri keseronokan spooky fun di Brick-or-Treat.

Jadi apa kata anda bawa seisi keluarga anda ke Brick-or-Treat di LEGOLAND sebelum 31 Oktober ini.

Pelbagai aktiviti menarik seperti ‘Scream O Meter, Costume Contest, Speed Building’ yang akan berlangsung sempena festival Brick-or-Treat khusus bagi para pengunjung LEGOLAND.

Tambah menarik lagi, anak-anak anda akan mendapat tiket kemasukan secara percuma tau. Syaratnya adalah mereka perlu memakai kostum Halloween dengan ditemani oleh pengiring yang mempunyai tiket masuk atau pas tahunan yang sah.

Untuk tiket tempahan, sila layari LEGOLAND.