fbpx

32 Tahun Menanti, Rosyam Nor Syukur Akhirnya Timang Cucu Lelaki

Selepas 32 tahun menanti, pelakon Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa syukur apabila anak keduanya, Nur Anis melahirkan cucu lelaki pertama dalam keluarganya.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram sebentar tadi, Rosyam berkata sebelum ini beliau sudah mempunyai tiga cucu perempuan dan akhirnya impian untuk menimang cucu lelaki termakbul.

BACA: Rosyam Nor Anggap Pertandingan Hero Remaja Masih Relevan

“32 tahun! Alhamdulillah, lama sangat tunggu. Terima kasih Allah kerana kurniaan-Mu. Hasil perkahwinan aku, dikurniakan lima anak perempuan. Hasil perkahwinan anak sulung, Arniesha Azureen, dikurniakan tiga cucu perempuan,” tulisnya.

Anak kedua Rosyam, Nur Anis, yang juga seorang selebriti media sosial mendirikan rumah tangga pada 2019 selamat melahirkan anak lelaki di sebuah hospital swasta di Selangor, semalam.

Sepanjang 32 tahun mendirikan rumah tangga, Rosyam dikurniakan lima cahaya mata anak perempuan, Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam.