Bersempena bulan yang mulia ini, syarikat kesihatan dan kecantikan terkenal, Watsons, mengambil kesempatan dalam melakukan amal kebajikan dengan menderma kepada rumah kebajikan.
Sebanyak 30 rumah kebajikan di seluruh negara pada tahun ini merasa kegembiraan yang disalurkan oleh Watsons menerusi kempen CSR Ada Hati Raya Menjadi-jadi menjelang Hari Raya yang bakal diraikan tidak lama lagi.
Melalui kempen ini pelbagai produk kesihatan, penjagaan diri dan penjagaan kulit jenama Watsons bernilai RM100,000 telah disalurkan ke semua rumah kebajikan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Kempen CSR Ada Hati Raya Menjadi-jadi yang bertujuan untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa bertimbang rasa dan mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling.
Menjadi tradisi Watsons setiap tahun dalam menggalakkan pelanggannya untuk setiasa Feel Great (Berasa Hebat) dengan memberi sumbangan dalam apa jua bentuk dan cara demi untuk memberi impak positif kepada masyarakat.
Antara 30 rumah kebajikan yang menerima kunjungan Watsons dalam kempen Ada Hati Raya Menjadi-jadi adalah Care Heaven (Sabah), Pusat Penjagaan Anak-anak Yatim & Miskin Nurul Iman (Perak), Rumah Seri Kenangan Kangar (Perlis), Amitabha Old Folks Shelter (Kuala Lumpur), Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah (Selangor), Pertubuhan Kebajikan Orang Tua dan Kanak-kanak Cacat Shan Ai (Selangor), Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya Si Putih (Negeri Sembilan), Pusat Jagaan Kanak-kanak Harapan (Melaka), Darul Hanan – Rumah Anak Yatim dan Miskin Kelab Balkis (Kelantan), Pertubuhan Kebajikan Seri Cahaya (Pulau Pinang), Rumah Intan (Pulau Pinang), Silver Jubilee Home for the Aged (Pulau Pinang), House of Love (Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih) (Selangor), Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/ Anak Miskin Klang (Selangor), Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (Selangor), Rumah Nur Iman (Pahang), Good Samaritan Home (Selangor), Wealth Creation for Orphanage Children (Kedah), Rumah Sejahtera Taman Bahagia (Terengganu), Pusat Jagaan Wargatua Sherun (Johor), Comfort Nursing Home (Sarawak), Pusat Jagaan Titian OKU Nur (Selangor), Pusat Jagaan Warga Tua Maimunah (Johor), Johor Cheshire Home (Johor), The Sarawak Cheshire Home (Sarawak), The Salvation Army Children’s Home (Sarawak), Pusat Jagaan Nurhidayu (Selangor), Ractar Orphanage (Selangor), Rumah Titian Kasih (Kuala Lumpur) dan Rumah Kasih Harmoni (Kuala Lumpur).
Sepanjang bulan Ramadan ini, Watsons juga memberi penjimatan sehingga 50% untuk barangan keluaran Watsons yang boleh didapati di mana-mana kedai Watsons ataupun secara dalam talian.
Peminat setia Watsons juga boleh membeli-belah pada bila-bila masa melalui Aplikasi Mudah Alih Watsons dan laman rasmi Watsons. Untuk maklumat lanjut, ikuti Watsons Malaysia di Facebook dan Instagram.