fbpx

30 Hari Bersalin, Elfira Loy Turun Berat Badan 12 Kg

Baru saja menimang cahaya mata sulung pada 1 Oktober lalu, Elfira Loy berkongsikan perkhabaran gembira apabila dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram selepas 30 hari bersalin.

Perkara itu dikongsikan oleh Elfira menerusi Instagramnya di mana dia dan suami, Faris Khairol Anuar baru selesai membawa anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf melakukan pemeriksaan kesihatan pertama di sebuah pusat perubatan semalam.

BACA: Elfira Loy Perjelas Sebab Belum Dedah Wajah Anak

Menerusi perkongsian tersebut, Elfira akui agak mencabar untuk mendapatkan berat badan yang diimpikan dan dalam proses untuk mengurangkan lagi berat badannya sebanyak 10 kilogram.

Diruangan komen, rata-rata peminatnya memuji penampilan Elfira yang kelihatan cantik dan mengatakan Elfira dan anaknya seperti adik dan kakak sahaja. Malah, ada yang tidak percaya bahawa pelakon itu sudah bergelar seorang ibu.

Elfira dan suami Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan  dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober lalu.