fbpx

3 Tips Berbelanja Dengan Mewah Tanpa Boros Menjelang Hari Raya

Demam musim perayaan kini semakin dirasai dan pastinya anda ingin kelihatan serba baru menjelang hari raya. Bukan sahaja dari segi keperluan diri malah kelengkapan rumah juga semestinya menjadi perkara utama untuk diambil kira.

Tetapi anda risau sekiranya berbelanja lebih daripada bajet yang sepatutnya? Yalah bak kata perpatah “Ukur Baju Di Badan Sendiri”.

Kali ini kami kongsikan dengan anda 3 tips untuk anda kekal bergaya tanpa perlu berbelanja boros. Senang cerita kali ini anda berbelanja dengan panduan yang bijak.

1. Membuat Perbandingan Harga

Sekarang dunia semakin canggih, terlalu banyak peniaga menjual barangan yang sama dengan peniaga yang lain. Jadi mudah bagi anda sebagai pembeli untuk membandingkan harga terlebih dahulu sebelum membeli. Taktik ini sering digunakan oleh penggemar barangan online.

2. Senaraikan Barangan Yang Ingin Dibeli

Tips yang kedua ini akan membuatkan anda kelihatan lebih bijak berbelanja. Sebagai pembeli anda seharusnya membuat list terlebih dahulu bagi mengelakkan anda tidak memiliki barangan yang sama pada satu masa.

3. Rebut Peluang Jualan Murah

Perkataan ‘Jualan Murah’ pastinya akan membuatkan anda tidak sabar untuk membeli belah. Mana tidaknya barangan yang anda nantikan-nantikan dijual dengan harga yang mampu milik.

Dengan kempen ‘Bijak Berbelanja, Senang Ria’ yang kini berlangsung di Courts, anda boleh memiliki barangan idaman anda dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, anda juga boleh membeli barangan keperluan dengan kadar bulanan tetap serendah 1.25% sebulan.

Lebih menarik lagi, dengan Pelan Courts Flexi Kredit setiap barangan anda mengambil masa 24 jam sahaja. Hanya dengan membawa kad pengenalan, slip gaji atau KWSP, berdesup barangan idaman anda sampai ke rumah.

Selain itu, anda juga tidak perlu membayar sebarang deposit semasa pembelian dan anda boleh selesaikan pembelian awal tanpa sebarang caj!

Bukan itu sahaja, Courts juga memberi penjimatan tambahan sebanyak 50% untuk semua barangan dan lebih eksklusif lagi untuk ahli HomeClub. Jadi kepada anda yang belum menjadi ahli bolehlah mendapatkannya secara percuma.

Courts juga menawarkan anda belian dengan belian (purchase with purchase) serendah RM 10 sahaja tahu. Rugi kepada anda yang melepaskan peluang ini. Sekiranya anda berbelanja sebanyak RM 1,000 sehingga RM 2,000 anda boleh mendapatkan seterika wap dengan harga RM10 sahaja. Untuk mendapatkan seterika wap dan periuk nasi dengan harga RM30 perbelanjaan anda haruslah sebanyak RM2,001 sehingga RM 3,000.

Lebih menguntungkan sekiranya anda berbelanja sebanyak RM 3,001 keatas anda boleh mendapatkan seterika wap, periuk nasi, dan pengisar dengan harga RM 60 sahaja.

Wahhh! menarik betul kempen Courts kali ini pasti ramai yang tidak sabar untuk terjah Courts demi merebut peluang keemasan ini kan?

Untuk info yang menarik mengenai Courts anda boleh kunjungi laman Facebook ataupun Instagram Courts. Courts nilai lebih baik, hidup lebih senang.