fbpx

3 Sebab Ramai Nak Serbu Expo Negaraku!

Wah, tak sabar betul rasanya nak tunggu hari Rabu ini sebab ada event di Dataran Merdeka. Jika anda nak tahu, pada 15 November ini (Rabu) jam 8 malam, akan berlangsungnya perasmian Expo Negaraku.

Lebih menarik lagi, acara perasmian Expo Negaraku akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Negara, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Expo Negaraku akan diadakan selama sebulan mulai 15 November hingga 15 Disember dan dibuka percuma setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Apa yang menariknya di ekspo ini nanti adalah kita dapat tengok sendiri satu persatu projek-projek infrastruktur semasa dan masa hadapan yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia demi menyediakan kehidupan yang lebih bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

Eh, cakap banyak-banyak pun tak guna. Jom kami kongsikan 3 perkara mengapa anda kena serbu Dataran Merdeka!

1. Ada Persembahan Artis Terkenal Tanah Air

Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan penyanyi dan selebriti kegemaran anda beraksi di pentas yang ada di Dataran Merdeka nanti. Ada Faizal Tahir, Hael Husaini, Ismail Izzani, Qody Mentor dan ramai lagi. Tengok barisan penyanyi pun dah tahu memang mantap malam perasmian nanti!

Pelbagai Aktiviti & Pertandingan Menarik

Selain dapat saksikan sendiri sejarah pembangunan dan juga perancangan masa depan Malaysia, di Expo Negaraku memang banyak aktiviti dan juga pertandingan yang akan diadakan.

Pameran yang merangkumi 60 peratus keluasan Dataran Merdeka itu menawarkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan futsal, zumba, food truck, KL Go Cart dan sukan rakyat.

Pelbagai Pameran Interaktif

Jika anda masih lagi kabur tentang apakah perancangan kerajaan dalam memastikan Malaysia sentiasa berdaya saing di masa hadapan, Expo Negaraku adalah tempat yang tepat untuk anda saksikan sendiri pelan yang sudah pun dirancang untuk pembangunan tanah air tercinta ini.

Malah ekspo ini yang diterajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta itu bakal memanfaatkan semua pihak, termasuk pakej istimewa bagi pelajar serta mereka yang tinggal di luar bandar.

Jadi, jangan lupa ajak saudara mara dan juga rakan-rakan serbu Dataran Merdeka pada 15 November ini, jam 8 malam untuk sama-sama menyaksikan perasmian Expo Negaraku yang gilang gemilang!