fbpx

3 Sebab Kosmetik Timbang Sangat Bahaya

Anda perasan tak setiap hari semakin banyak lambakan produk kecantikan hadir di pasaran tapi masalahnya produk-produk ini belum tentu lagi selamat untuk pengguna. Malah sebelum ini ada saja pengguna yang mengalami perkara yang tidak diingin selepas memakai produk sedemikian.

Lebih popular dengan gelaran kosmetik timbang di laman sosial, memang terdapat pelbagai perkara bahaya jika pengguna terus memakai produk tersebut. Kemaruk sangat ingin cantik sampai sanggup buat apa saja. Muka bukannya boleh diganti-ganti.

Mari kami kongsikan beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai bahaya kosmetik timbang.

1. Kerosakan Wajah Melampau

Inilah yang paling ditakuti oleh golongan wanita. Wajah bukannya boleh ditukar ganti. Sekali muka naik keradangan melampau atau mengelupas teruk, memang menangis tak berlagu jawabnya.

2. Pembaziran Berganda-Ganda

Bila wajah sudah kelihatan teruk, maka kita pastinya ingin mencari jalan penyelesaian bagi mendapatkan kembali kulit muka yang elok. Maka dengan itu duit pun kembali mengalir dengan mencuba pelbagai produk kosmetik lain pula sedangkan belum tentu memberi kesan terbaik.

3. Hilangnya Keyakinan Diri

Mungkin nampak remeh namun inilah masalah yang dihadapi oleh setiap wanita yang pernah mengalami kerosakan wajah akibat penggunaan kosmetik yang tidak diketahui bahannya secara mendalam dan terperinci.

Jika anda sedar dengan perkara sebegini, pelbagai langkah penjagaan dan juga pencegahan. Peka dengan perkara ini, Watsons hadir dengan produk yang mampu mengembalikan keyakinan dalam diri anda. Punyalah mereka prihatin, Pure Beauty Illuminating Urban Shield ini sebenarnya sejak dari awal akan melindungi anda daripada pencemaran udara.

Mari kami kongsikan 3 sebab utama yang menarik berkaitan Pure Beauty Illuminating Urban Shield:

1. Diuji Secara Klinikal, Catat Kepercayaan Tinggi

Pure Beauty Illuminating Urban Shield adalah produk yang memberi perhatian yang sangat terbaik dan melindungi wajah anda daripada pencemaran seharian lagi-lagi yang tinggal di kawasan bandar.

Hadir dengan kombinasi pelembap, serum dan juga krim pelindung matahari, produk keluaran Korea ini telah pun melepasi ujian klinikal malah turut mendapat peratusan kepuasan hati yang tinggi daripada pengguna. Tak percaya? Anda nilai sendiri.

2. Setaraf Jenama Antarabangsa Lain

Selain mendapat kepercayaan dan saranan dermatologist dari Korea sendiri, Pure Beauty Illuminating Urban Shield dalam masa yang sama berdiri setaraf dengan jenama antarabangsa yang lain. Fokus kepada melindungi wajah daripada tompok-tompok hitam berpunca daripada kesan teruk pencemaran setiap hari, ia juga turut mengembalikan keremajaan wajah.

Malah, barisan produk Pure Beauty yang ekslusif hanya di Watsons ini juga adalah bebas daripada alkohol kerana menggunakan bahan berasaskan tumbuhan sekaligus membuatkannya sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit.

3. Set Lengkap Untuk Keyakinan Diri Anda

Bagi anda yang ingin mendapatkan set lengkap Pure Beauty Illuminating Urban Shield ini, ia hadir dengan 2 pelembap wajah, 2 serum dan juga krim pelindung cahaya matahari.


Serum Illuminating Urban Shield Radiance berkesan dalam membantu anda untuk merawat kulit yang rosak selain turut mendapatkan tona wajah sekata, manakala lluminating Urban Shield Capsule Essence pula bertindak untuk membantu mencerahkan wajah secara semulajadi.


Gel Illuminating Urban Shield Water pula memastikan kelembapan kulit serta memberikan kesan cerah anda dan Krim Illuminating Urban Shield Radiance pula membuatkan kulit kelihatan lebih menyerlah.


Sementara itu, Illuminating Urban Shield Sun Protector SPF 50+ PA++++ pula adalah untuk melindungi anda daripada sinaran terus matahari kepada kulit anda. Penting ini untuk memastikan kulit anda tidak kering dan kelihatan tidak bermaya.

Barisan kosmetik Pure Beauty sebelum ini turut mendapat perhatian kerana keberkesanannya yang terbukti. Bijaklah berbelanja dalam mendapatkan wajah yang sempurna. Selagi boleh jauhilah produk kosmetik timbang dan buatlah pilihan yang bijak demi kecantikan diri yang tidak boleh ditukar ganti ini.

Apa tunggu lagi, jika tiada masa untuk terjah Watsons berhampiran anda, dapatkan sahaja di sini – https://goo.gl/yk2wGF dan jika anda tidak mahu ketinggalan sebarang perkembangan berkaitan Pure Beauty, jangan lupa ikut mereka di FACEBOOK dan juga INSTAGRAM.