fbpx

3 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Brother Of The Year Hujung Minggu Ini

Sekali lagi filem Thailand bakal menemui penonton Malaysia, selepas filem Bad Genius yang memberi impak besar buat peminat kaki wayang.

Filem Brother Of The Year kali ini akan membuat penonton tidak kering gusi dengan telatah seorang abang yang sangat lucu dalam tindak tanduk sehariannya.

Bukan itu sahaja, pelbagai helah juga yang dilakukan untuk memutuskan hubungan cinta adik perempuannya.

Setiap perkara yang dilakukan oleh abangnya lakonan Sunny Suwanmethanont pasti membuatkan peminat tersenyum seorang diri.

Di sini kami kongsikan bersama anda sebabnya anda harus tonton filem yang bakal hit ini.

1. Watak Abang Yang Sangat Kelakar

Memikul sebagai watak utama, Sunny Suwanmethanont ternyata berjaya membawa watak sebagai seorang abang yang sangat pemalas untuk melakukan kerja hariannya.

Dia yang mempunyai pelbagai cara untuk memastikan apa yang dilakukan itu adalah mudah dan senang baginya membuatkan penonton tidak kering gusi.

Nak tahu apa yang lebih kelakar, anda haruslah tonton sepenuhnya filem arahan Vithaya Thongyuyong ini di pawagam pada 28 June ini.

2. Kemunculan Nichkhun Yang Dinanti-nantikan

Buat peminat Korea pastinya filem ini menjadi salah satu filem yang anda harus tonton hujung minggu ini.

Di sebalik watak Moji yang dilakonkan oleh penyanyi 2PM iaitu Nichkhun berjaya buat anda angau dengan jalan cerita yang dilakonkan olehnya.

Membawa peranan sebagai seorang kekasih kepada Jane lakonan Yaya sedikit sebanyak memperlihatkan Nichkhun berbakat dalam bidang lakonan bukan sahaja tertumpu dalam bidang nyanyian.

Jadi kepada peminat kumpulan 2PM rugi besar jika anda tidak tonton sendiri lakonan hebat Nickhun dan bagaimana taktiknya untuk memikat semula hati Jane.

3. Barisan Pelakon Yang Hebat

Lakonan mantap Sunny, Yaya dan Nichkhun ternyata bakal mencetuskan fenomena di Malaysia apabila filem lakonan mereka ini berjaya hit di seluruh Thailand dan menjadi filem no 1 di negara tersebut.

Jadi tidak hairanlah jika gabungan lakonan mereka bertiga ini bakal buat anda angau dan berjaya gegarkan pawagam di Malaysia pula.

Lihat pada trailer saja pun dah cukup menarik untuk ditonton hujung minggu ini. Tidak adil untuk kami cerita sepenuhnya jalan cerita yang penuh dengan kelucuan ini kepada anda.

Yang pastinya bila anda menonton filem ini ternyata buat anda berada dalam situasi yang di alami oleh ketiga-tiga pelakon hebat dari negara Thailand ini.