fbpx

3 Sebab Aidilfitri Tahun Ini Sangat Berbeza

Tidak dinafikan, tahun ini merupakan tahun yang sangat berbeza buat seluruh rakyat Malaysia. Lebih membuatkan hati kita sayu adalah bila Aidilfitri semakin dekat. Seperti kebiasaan tahun-tahun sebelum ini, semakin hampir dengan raya, semakin meriah persiapan,kan?

1. Berjaga-jaga Dalam Menyambut Tetamu

Syukur kepada kita semua, baru-baru ini, Perdana Menteri ada menyatakan bahawa kita dibenarkan untuk ziarah-menziarahi jiran tetangga, tetapi terhad kepada 20 orang sesuatu masa.

Melalui kelonggaran yang diberikan, sekurang-kurangnya terasa meriah sedikit hari raya dengan kehadiran jiran. Tapi langkah berjaga-jaga perlu ada tau. Pastikan ada hand sanitizer atau nak lagi selamat, pakailah topeng muka sebagai perlindungan diri.

2. Raya Tanpa Ibu Bapa, Saudara Mara

Di sebalik kelonggaran yang diberikan untuk beraya bersama jiran, impak utama yang paling memberi kesan kepada kita semua adalah ketiadaan keluarga tersayang di pagi raya. Bayangkan selama ini, wajah ibu bapa kita tersenyum di pagi raya menyambut salam dan bermaafan.

Kesedihan ini pastinya akan mengubah sejarah kita dalam menyambut Aidilfitri. Walaupun panggilan video boleh jadi pengganti, jauh di sudut hati kita semua, kita berharap dan berdoa agar kita dapat bertemu ibu bapa secepat mungkin selepas Perintah Kawalan Pergerakan tamat.

3. Tak Perlu Bayar Bulanan Perabot Baru Sampai 24 Bulan!

Sedar atau tidak, pelbagai perubahan baru kita alami sepanjang musim PKP berjalan,kan? Kami suka sungguh dengan apa yang dilakukan oleh Rozel Malaysia yang ternyata prihatin dengan situasi semasa.

Mesti ada ingat lagi kemeriahan raya dengan baju baru, langsir baru dan juga perabot baru dan kali ini, Rozel buat kejutan buat anda dengan Rozel Ramadan Sale 2020 di mana anda boleh dapatkan zero installment sehingga 24 bulan.

Tak cukup dengan itu, Rozel sekarang sedang buat promosi potongan sehingga 50% untuk barangan perabot di outlet mereka. Ini memang gila, sebab dengan tawaran sebegini, memang kita beruntung dengan penjimatan yang ada. Tak percaya, boleh klik link ini.

Bab kualiti dan waranti Rozel tak perlu dipertaikaikan lagi, malah sebenarnya anda boleh buat kejutan pada ibu bapa di kampung dengan menghadiahkan perabot baru buat mereka.

Antara barangan perabot yang anda boleh dapatkan di Rozel ialah sofa, meja makan, kerusi, meja sisi (side table), meja kopi dan juga kabinet! Nak tengok apa pilihan perabot yang ada, klik saja sini.

Bagi anda yang memang ada dekat sangat dengan outlet mereka, bolehlah datang tengok sendiri tapi waktu operasi bermula dari 10 pagi sehingga 8 malam saja ketika musim PKP ini.

Atau jika anda nak cuci mata, bolehlah ke Facebook, Instagram atau pun ke laman web mereka terlebih dahulu. Pastikan masa nak pilih, biarlah pasangan ada di sebelah, barulah meriah.