fbpx

3 Perkara Yang Ramai Tak Tahu Mengenai PTPTN

Seringkali apabila berbicara mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), ramai yang sedia maklum tentang pinjaman yang ditawarkan oleh institusi tersebut.

Tapi sebenarnya PTPTN turut memberi peluang kepada anda untuk menyimpan. Pasti ramai yang tidak tahu, bukan? Malah mereka juga menawarkan pelbagai keistimewaan yang ternyata memberi manfaat bukan saja kepada anda, tetapi anak-anak anda juga.

Jom kami kongsikan dengan anda 3 perkara yang mungkin anda tidak pernah tahu mengenai apa yang diusahakan oleh PTPTN.

1. Boleh Menyimpan!

Sebenarnya di PTPTN juga anda boleh membuka akaun simpanan SSPN-i Plus dan SSPN-i. Kami kongsikan dengan anda beberapa kelebihan yang ada:

SSPN-i
* Pelepasan taksiran cukai pendapatan maksimum hingga RM6,000
* Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
* Perlindungan takaful percuma (khairat kematian)
* Geran sepadan hingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 ke bawah)
* Layak memohon pinjaman PTPTN

SSPN-i Plus

* Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000
* Manfaat takaful bagi kematian/ilat kekal sehingga RM1 juta.
* Manfaat khairat kematian bagi pendeposit termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak.
* Tiada pemeriksaan kesihatan bagi mereka yang ingin menyertai pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam.
* Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
* Pakej serendah RM30 serta simpanan ini dijamin oleh kerajaan
* Layak memohon pinjaman PTPTN

Tengok sendiri pun dah tahu yang SSPN-i Plus mempunyai lebih banyak keistimewaan malah turut memberi jaminan pada masa hadapan sekiranya ada perkara tidak diingini berlaku. Nak tahu lebih lanjut lagi, klik saja di sini.

2. Apa Itu Geran Sepadan & Kenapa Ia Sangat Berguna?

Jika anda betul-betul ingin merancang masa depan dengan lebih baik, Geran Sepadan merupakan salah satu bantuan kerajaan yang perlu digunakan sebaiknya.

Sebabnya, semua pelajar yang mendaftar tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan pada tahun 2017 LAYAK menerima insentif RM50 dalam bentuk simpanan SECARA PERCUMA.

Tapi untuk nak dapatkan insentif ini tak susah pun. Ibu bapa hanya perlu buka akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017 atau jika dah ada akaun, cuma buat penambahan deposit saja. Usaha anda sebagai ibu bapa mampu menjamin masa depan yang cerah buat anak-anak.

3. Cabutan WOW! Memang WOW!

Sebenarnya, tahun ini cukup 20 tahun PTPTN membantu kita dan sempena dengan perkara tersebut, PTPTN telah melancarkan cabutan baharu iaitu Cabutan Wow! 20 Tahun PTPTN di mana ada lebih RM500,000 hadiah untuk dimenangi. Untung betul siapa dapat.

Terdapat 2 kategori cabutan iaitu Cabutan Bulanan dan Cabutan Istimewa.

Pendeposit SSPN-i Plus layak memenangi hadiah utama Cabutan Istimewa sebanyak RM100,000. Manakala pendeposit SSPN-i dan SSPN-i Plus pula layak memenangi hadiah utama Cabutan Bulanan sebanyak RM10,000 pada setiap bulan. Cabutan Bulanan juga khusus untuk pembukaan akaun atau penambahan simpanan bagi Pelajar Tahun 1 2017.

Jadi ibu bapa yang mempunyai anak Tahun 1 perlu berebut peluang RM10,000 setiap bulan yang telah disediakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai cabutan ini, klik saja di sini – www.lovesspn.com.