fbpx

3 Ibu & Bapa Selebriti Popular Di Instagram Hari Ini

Selain daripada selebriti sendiri yang memang berpengaruh di Instagram, para peminat juga sekali sekala boleh melihat kelibat ibu bapa mereka di laman sosial itu. Bukanlah mereka mahu mencari populariti, tetapi mereka merupakan insan yang menjadi tulang belakang kejayaan seseorang selebriti itu. Berikut antara ibu bapa selebriti yang kerap kita lihat.

1. ND Lala & Shila Amzah

From-Left-ND-Lala-Amir-Amza

Sejak awal kerjaya Shila Amzah, semua orang tahu yang ND Lala merupakan pendorong kuat kepada perkembangan karier anaknya itu dan penyanyi tersebut kini sudah pun mencipta nama besar di China selain gah di negara sendiri. Apalah erti kejayaan tanpa ibu bapa, memang tidak terluah ucapan TERIMA KASIH buat mereka.

2. Khaty Fauziah & Shaheizy Sam

sam

Ketika menang gelaran Bintang Paling Popular pada tahun 2011, ramai tersentuh dengan ucapan Shaheizy Sam di atas pentas yang mengucapkan TERIMA KASIH buat ibunya, Khaty Fauziah atas sokongan tidak berbelah bagi selama beliau bergelar anak seni.

Wajahnya juga sering menghiasi akaun sosial Shaheizy Sam serta kakanya, Zizie Ezette tanda mereka berdua sangat menyayangi wanita bergelar ibu dalam hidup mereka.

3. Ismail Embong & Emma Maembong

Ismail-Embong-Beri-Amaran-Kepada-Zizan-Razak-ROTIKAYA-700x417

Beliau bukan sahaja ayah kepada seorang anak bergelar selebriti, malah ramai dari 11 orang adik beradik Emma Maembong turut terlibat secara langsung atau tidak dengan dunia seni. Ramai yang sedia maklum Ismail Embong memang seorang yang protective terhadap anak anaknya.

Kelibat Ismail Embong sering kita lihat di Instagram Emma Maembong lebih lebih lagi jika selebriti itu pulang ke kampung untuk berehat dan baru baru ini mereka telah terbang bercuti bersama ke United Kingdom. Memang manja anak ayoh, heh.

Kalau selebriti kesayangan anda luahkan #KataTakTerkata dengan memuatnaik gambar insan terpenting dalam hidup mereka ke Instagram, anda juga boleh lakukan perkara yang sama. Jangan malu untuk tunjukkan kasih sayang kita terhadap ibu bapa walaupun menerusi akaun sosial.

Screen Shot 2015-07-01 at 10.21.30 AM

Ramai sudah menggunakan hashtag #KataTakTerkata untuk mengungkapkan tanda sayang dan TERIMA KASIH buat ibu bapa mereka sempena raya ini. Bermaafan di pagi Syawal memang tradisi, apa kata kali ini kita bawa ucapan TERIMA KASIH buat mereka di sosial media. Lebih meriah ‘kan?

Dan sempena raya ini, apa kata kita hadiahkan sesuatu buat ibu bapa di rumah yang boleh mereka gunakan untuk meraikan tetamu selain menjadi kenangan terindah mereka.

P&G telah berbesar hati untuk memberi anda satu Bekas Kaca Kuih Raya edisi khas PERCUMA dengan setiap pembelian RM30 barangan di bawah jenama P&G.

Untitled-1

Selain belikan mereka barang penjagaan diri, hadiah Bekas Kaca Kuih Raya istimewa ini juga akan kerap mengingatkan ibu bapa tentang kita yang sentiasa berjauhan. Kita sentiasa sayangkan mereka. Untk maklumat lanjut, layari hashtag #KataTakTerkata atau akaun Twitter rasmi P&G.