fbpx

3 Fakta Menarik Filem Milly Dan Mamet: Sambungan Filem AADC 2

Jika suatu masa dahulu filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) 2 mendapat sambutan hangat dikalangan insan yang sedang dilamun cinta.

Namun kini, filem Milly dan Mamet akan membawa anda kepada kisah rumah tangga yang penuh dengan liku-liku cinta yang jenaka.

Filem arahan Ernest Prakasa ini pastinya buatkan anda tidak sabar untuk terjah pawagam pada 7 Mac nanti. Nak tahu kenapa? Ini antara fakta menarik mengenai filem ini.

1. Dibintangi Pelakon Hebat

Filem Milly dan Mamet ini dibintangi pelakon terkenal Indonesia yang berjaya mencuit hati penonton dengan hasil karya mereka.

Ternyata sekali lagi, pawagam Malaysia akan dibanjiri dengan filem lakonan Sissy Prescillia, Dennis Adhiswara, Ernest Prakasa, Julie Estelle, Yoshi Sudarso.

Selain mereka berlima, ada juga Dian Sastrowardoyo, Adinia Wirasti, Titi Kamal, Isyana Sarasvati, Melly Goeslaw, Aci Rest. Dimana ada diantara mereka yang pernah membintangi filem meletop Ada Apa Dengan Cinta (AADC) 2 suatu masa dahulu.

2. Filem Terlaris Di Indonesia

Filem yang penuh dengan gelak tawa ini telah pun ditayangkan di Indonesia dan mendapat sambutan hangat oleh peminat mereka.

Jadi, tidak mustahil filem sambungan kisah AADC 2 ini akan mendapat penerimaan yang luar biasa oleh kaki filem di Malaysia.

Nak-nak lagi, filem lakonan penyanyi dan pelakon Sissy Prescillia sebagai Milly ini akan buatkan penonton tidak kering gusi melihat telahnya dan suami lakonan Dennis Adhiswara sebagai Mamet dalam menguruskan rumahtangga.

3. Bukan Kisah Cinta Dan Rangga

Peminat filem AADC 2 pastinya mengenali watak Milly sebagai kawan baik Cinta yang sentiasa ada bersama Cinta dalam apa jua keadaan .

Namun dalam filem Milley dan Mamet ini bukanlah mengisahkan mengenai Cinta dan Rangga meskipun cerita ini akan membawa anda mengingati kembali kisah cinta yang penuh romantik diantara Cinta dan Rangga dalam AADC 2.

Filem Milly dan Mamet ini mengisahkan pasangan suami isteri yang sedang sibuk mengurus anak pertamanya ketika baru lahir.

Mamet yang mempunyai kebolehan dalam bidang masakan ini menyebakan dia terpaksa bekerja di syarikat kilang fabrik ayah Milly.

Pada masa yang sama, Mamet menjadi tumpuan keluarga setelah isterinya Milly berhenti kerja sebagai pegawai bank bagi menguruskan anak kecil mereka.

Timbul satu masalah ketika sang suami bertemu dengan teman lamanya Alexandra, sahabat zaman kuliahnya dahulu yang menyatakan idea untuk membuka restoran. Menariknya idea tersebut seperti yang mereka berdua impikan suatu ketika dahulu.

Persoalannya, adakah Mamet memilih untuk membuka restoran bersama rakannya, Alexandra atau hanya memberi tumpuan kepada keluarga? Adakah perwatakan Mamet masih seperti dalam AADC 2 yang lambat dalam semua hal?

Nak tahu kisah lanjut keluarga Milly dan Mamet (Ini Bukan Cinta dan Rangga) jangan lupa save date 7 Mac untuk serbu pawagam berdekatan anda!

Pasti anda tidak kering gusi lihat hasil cerita yang dikeluarkan oleh TGV Pictures, bersama dengan SG Entertainment & Advertising serta Horizon Film Entertainment ini.