fbpx

3 Faedah Sebenar Kongsi Maklumat Di Laman Sosial

Hidup di zaman kepesatan telefon pintar dan dilengkapkan pula dengan teknologi Internet pantas membuatkan semua perkara menjadi semakin mudah. Selain itu dalam masa yang sama, sebarang maklumat juga mudah untuk dikongsikan bersama orang ramai.

Okay, tidak payah tengok jauh-jauh. Cukup dengan melihat sendiri apa yang terjadi di Malaysia. Tidak dinafikan kadang-kala terdapat perkongsian yang kurang baik namun jika dilihat lebih mendalam, rakyat Malaysia sebenarnya sangat prihatin.

Kami kongsikan beberapa faedah sebenar yang telah pun terbukti membantu kehidupan rakyat Malaysia yang lain. Nampak kecil bukan tapi sebenarnya anda telah mengubah kehidupan insan lain ke arah yang lebih baik.

1. Kes Kereta Kena Curi

Banyak kejadian dan juga kes kecurian kereta yang dilaporkan hilang. Namun dengan bantuan dan juga perkongsian pantas warga laman sosial, ada juga kes kecurian yang berjaya diselesaikan dan ditemui semula.

2. Bantuan Kecemasan Yang Mampu Mengubah Kehidupan

Apa yang bagusnya tentang rakyat Malaysia adalah mereka sangat prihatin dalam memberikan pertolongan. Malah jika tidak mampu memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, pastinya perkara tersebut akan dikongsikan di laman sosial. Sedar atau tidak, kadangkala bantuan anda mampu menyelamatkan nyawa.

3. Perkongsian Hidup Jadi Inspirasi

Salah satu perkara yang menarik perhatian warga laman sosial adalah dengan berkongsikan kisah hidup. Pastinya setiap perjalanan hidup adalah berbeza namun pengajaran daripada perkara yang dilalui itu adalah sangat bermakna. Malah bermula daripada kisah inspirasi, ramai yang turut berkongsi ilmu di laman sosial.

Peka dengan perkara tersebut juga, YES tampil memudahkan anda untuk berkongsi lebih banyak perkara hanya dengan satu SIM sahaja.

Malah anda juga turut berpeluang untuk menang sebuah telefon pintar baru dengan mudah melalui peraduan Reload & Menang!

Antara telefon pintar yang berpeluang anda menangi adalah Samsung Galaxy S8, Huawei P10 atau Yes 4G LTE Altitude! Mari kami kongsikan cara bagaimana anda boleh dapatkannya.

Langkah-langkah Penyertaan:

1) Reload Yes 4G LTE Prepaid anda dengan minimum RM10.
2) Tonton apa yang Neelofa ceritakan dalam video di atas.
3) Jawab soalan dan hantarkan butiran anda dalam borang ini — YesReloadandMenang
4) Tiga penyertaan tertinggi dengan jawapan yang betul akan berpeluang menjadi pemenang: 1 reload (min RM10) = 1 penyertaan

Tertakluk pada terma & syarat yang boleh anda baca di sini.

Eh, tunggu. Bukan itu sahaja! Apa yang paling gila sekarang ialah tawaran Beli 1 Percuma 1 oleh YES. Memang macam-macam ada.

Senang cerita, jika anda reload RM30, anda akan dapat percuma lagi RM30. Dan dalam masa yang sama, anda boleh beli 20GB data dengan reload RM60 tu. Jadi tunggu apa lagi! Reload sekarang dan gunalah data tu sepuas hati anda. Maklumat selanjutnya di laman web rasmi Yes 4G.