fbpx

3 Cara Berkesan Suami Dapat Bantu Isteri Di Rumah Ketika Musim PKP

Kami yakin buat masa sekarang ini ramai yang work from home (bekerja dari rumah), kan? Tapi disebabkan perkara ini adalah norma baru, mungkin ramai yang masih tak dapat sesuaikan diri ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

BACA: 3 Kesilapan Utama Kita Buat Bila Beli Perabot Untuk Dekorasi Rumah

Antara yang paling terkesan rasanya adalah isteri dan juga suami. Biasa masing-masing kerja tapi kali ini 24 jam di depan mata dan pastinya kebanyakan kerja rumah akan dilakukan oleh isteri.

Kami nak kongsi sikit beberapa cara yang mungkin suami boleh usahakan demi menjaga kesejahteraan rumahtangga dan paling penting, dapat meringankan beban kerja isteri tercinta.

1. Susun Jadual Kerja, Tolong Isteri Ketika Waktu Rehat

Bila sudah bekerja di rumah, cara paling berkesan untuk menjamin kualiti kerja adalah dengan buat jadual sebenarnya. Melalui jadual inilah kita akan berdisiplin. Sediakan waktu rehat untuk kita luangkan masa kejap bersama isteri.

Jangan anggap mudah dengan kepentingan rehat ini. Jika isteri sibuk melayan anak-anak, kehadiran anda pada waktu rehat pastinya membantu untuk mengurangkan tekanan mereka.

Ambillah masa 30 minit sehingga satu jam untuk meluangkan masa dan berehat seketika. Percayalah, isteri sangat hargai masa yang anda berikan ini.

2. Lapangkan Fikiran

Salah satu kesilapan besar ketika musim PKP ini adalah apabila suami terlepas pandang keperluan emosi isteri. Tak dinafikan, perubahan mengejut cara bekerja sedikit sebanyak akan mengganggu emosi.

Apa yang kami maksudkan dengan lapangkan fikiran di sini adalah jangan lupa untuk bawa isteri dan anak-anak keluar menghirup udara segar. Bekerja dari rumah bukan bermaksud tidak keluar rumah langsung, ya!

Anda pun jika seharian fokus kerja, pasti tertekan. Jadi apa salahnya ambil kunci kereta atau motor, jalan sama-sama dengan keluarga. Sambil makan angin di sekitar rumah pun sudah lega dan boleh borak macam-macam. Selalu bukan anda nampak situasi macam ini di kawasan perumahan?

3. Buat Kejutan Untuk Isteri, Mesti Dia Suka!

Rumahtangga yang harmoni adalah impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Tapi jangan lupa ya, setiap individu pastinya inginkan perhatian. Jadi bagi menghargai isteri, apa salahnya buat kejutan kepada mereka.

Bab buat kejutan ini, kami sarankan sangat anda cuba buat perkara yang mungkin jarang anda lakukan. Kebetulan pula sekarang ini Rozel Malaysia tengah buat promosi kaw kaw sehingga 24 November 2020 ini.

Anda boleh dapatkan tilam baru contohnya, melalui promosi Maxiflex. Semua jenis tilam ada potongan harga 35%. Tilam pun empuk, tak sakit belakang masa tidur. Cuba kira balik, berapa lama anda tak tukar tilam?

Tapi kalau dapat sofa selesa pun, best juga, bukan? Kami ada tengok harga di tempat lain, memang tak masuk akal berbelas ribu tapi di Rozel, anda boleh dapatkan sofa kulit mewah Itali bermula dari RM5,990 – 100% kulit original bermula dari RM249 sebulan (0% faedah).

Memang berbaloi, itu belum lagi set meja makan mewah seramik mereka yang bermula dari RM4,990 – dengan 6 kerusi ya! Lengkap semua dalam pakej itu.

Paling suka dengan Rozel ini sebenarnya sebab mereka ada sediakan bayaran bulanan 0% faedah untuk 24 bulan bermula dari RM207 sebulan untuk set meja makan ini.

Jika si isteri yang membaca artikel ini, boleh tunjuk Virtual Showroom ini kepada suami, klik saja sini dan anda boleh tengok perabot yang ada di Rozel.

Dan jika suami nak buat kejutan pada isteri, bawa isteri anda ke bilik pameran berdekatan. Boleh periksa di sini lokasi terdekat dengan anda.

Semoga kemeriahan rumahtangga anda sentiasa mekar dan disirami kasih sayang dari suami dan isteri tercinta.