fbpx

3 Kesilapan Utama Kita Buat Bila Beli Perabot Untuk Dekorasi Rumah

Pernah tak kita pergi mana-mana rumah dan terkejut dengan hiasan rekaan dalaman mereka? Bila cerita bab terkejut ini ada dua sebab, samada terkejut sebab memang cantik atau terkejut sebab serba tak kena.

Pilihan perabot yang kurang sesuai mungkin boleh menyebabkan rumah anda hilang serinya.

Sebenarnya sebelum anda nak menghias rumah, ada beberapa perkara perlu diambil kira bagi mengelakkan ruang yang digunakan nampak serabut dan sakit mata memandang. Jadi kami nak kongsikan sedikit beberapa kesilapan yang selalu kita buat bila beli perabot untuk dekorasi di rumah.

1. Pilih Tema Yang Diminati & Jangan Campur Aduk

Pilih tema yang anda inginkan dan jangan nak masukkan beberapa tema di ruang yang sempit. Ini merupakan perkara pertama dan penting dalam memastikan hiasan dalaman rumah kita selari dan kemas.

Jika anda inginkan tema moden atau pun minimalis, pastikan perabot yang anda pilih tidak kelihatan terlalu lebar atau besar (bulky). Kalau nak letak perabot di ruang tamu, jika boleh biarlah rekaan sofa dan meja kelihatan sepadan.

2. Warna Main Peranan Penting

Salah pilih warna dinding boleh buatkan rumah nampak sempit dan melemaskan. Pilihan warna juga adalah perkara asas yang mampu membuatkan rumah anda kelihatan menonjol atau pun suram.

Tips nak cari padanan warna yang sesuai cukup mudah – anda boleh Google saja color palette for living room. Pelbagai pilihan warna dapat anda lihat sekaligus senangkan anda untuk pilih warna perabot.

Perbezaan warna dinding dan perabot yang berlainan mampu menaikkan seri rumah anda. Bagi isteri pula, kadang-kala tak salah juga nak dapatkan pandangan suami, bukan?

3. Salah Pilih Meja Makan

Ruang makan adalah antara lokasi yang perlu diberi perhatian kerana di sinilah seisi keluarga akan berkumpul. Jika keluarga anda besar dan ruang yang anda ada adalah terhad, pemilihan meja makan bulat adalah terbaik bagi menjimatkan ruang.

Tapi jika anda mempunyai ruang yang sedikit luas atau memanjang, meja makan segi empat sudah pasti akan membuatkan ruang makan anda lebih kemas dan menarik.

Pelbagai pilihan meja makan anda boleh dapatkan di Rozel – gedung perabot ternama yang terjamin kualiti dan ketahanan barangannya. Paling menarik, anda boleh dapatkan promosi perabot di sini yang sudah bermula 8 Ogos lalu sampai 12 September 2020 ini.

Sofa set 3+2 bermula dari RM4,390, bukan senang nak dapatkan harga sebegini lagi-lagi kulit penuh pula,kan? Untuk set meja makan, anda boleh dapatkan bermula dari RM 3,990. Set meja makan di sini memang elegan.

Rozel Mudahkan Anda

Jika anda nak bincang dan tiada masa nak ke cawangan mereka, boleh tengok dulu perabot secara penuh (360 darjah) di Virtual Showroom mereka.

Bila sudah jumpa perabot yang berminat, boleh cari lokasi cawangan terdekat mereka dengan rumah anda di sini.

Selain itu, sekarang Rozel juga ada promosi pelbagai pilihan tilam Rozel Maxiflex Mattress dengan potongan sehingga 35%. Banyak boleh jimat, lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk tukarkan tilam lama dengan tilam baru di sini yang terjamin selesa dan melegakan badan.

Jika anda nak tengok sendiri beberapa lagi promosi perabot mereka, klik saja di sini dan jangan lupa follow mereka di Facebook dan juga Instagram.