fbpx

3 Amalan Tambah Pahala Di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam. Di mana, pada bulan Ramadan umat Islam berpuasa dan melakukan amal kebaikan di samping memperolehi pahala yang berlipat kali ganda.

Pada bulan yang mulia ini juga banyak manfaat dan hikmah yang akan diperolehi oleh umat Islam sekiranya mereka berlumba-lumba dalam melakukan ibadah.

Bukan itu sahaja, setiap perkara yang dilakukan haruslah berniat kerana Allah dan bukan semata-mata kerana duniawi. Di sini kami kongsikan dengan anda beberapan amalan yang boleh lakukan bagi meningkatkan pahala di bulan mulia ini.

1. Sedekah

Bersedekah iaitu memberi kepada insan yang lebih memerlukan juga dianggap sebagai satu ibadah yang mulia sekaligus merupakan cara untuk memperbanyakan pahala anda selain menahan lapar dan dahaga di siang hari.

Amalan bersedekah di bulan mulia ini juga merupakan satu amalan yang berlipat kali ganda pahalanya seperti seseorang yang bersedekah di jalan Allah (fii sabilillah).

2. Menyegerakan Berbuka Puasa

Segera berbuka puasa tanpa berlengah-lengahkan waktu berbuka dapat menambah pahala meskipun hanya berbuka dengan air putih.

Bukan itu sahaja amalan ini juga merupakan sunnah Rasul. Menurut Imam Nawawi jika kita ingin dicintai dan mendapat redha Allah kita haruslah menjalankan sunnah Rasul seperti menyegerakan waktu berbuka.

3. Zikir

Zikir sepanjang waktu juga dapat meningkatkan amalan pahala anda sekaligus dapat mendekatkan diri kepada Allah kerana sentiasa memuji Allah dengan rendah hati.

Amalan berzikir ini juga dapat menenangkan hati yang dalam kegelisahan dan memperolehi pahala yang lebih banyak jika diamalkan setiap hari. “Pahala bacaaan tasbih (berdzikir “subhanallah”) lebih afdhal dari seribu bacaan tasbih di bulan lainnya.” (Lathaif Al-Ma’arif, hlm. 270).

Setiap amalan yang dilakukan ini lagi mulia jika anda berkongsi bersama rakan-rakan yang lain untuk sama-sama memperolehi pahala sekaligus dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Nak lagi mudah dengan aplikasi Digi #NiatBersama ini ada boleh berkongsi nikmat kesyukuran dan memenuhi niat baik anda melalui aplikasi MyDigi.

Menarik lagi untuk pengguna telekomunikasi Digi prabayar mahupun pascabayar yang menyertai peraduan #NiatBersama di aplikasi MyDigi anda akan memperolehi hadiah yang lumayan yang boleh buat anda tersenyum.

Hanya dengan mengumpul 5 logo setiap kali anda tambah nilai di aplikasi MyDigi. Anda bakal memperolehi Samsung Galaxy Note 8, Vivo Y66 dan seramai 50 orang pemenang yang lain akan menerima hadiah berbentuk voucher daripada Digi bernilai RM50.

Mulakan #NiatBersama anda dengan Digi

Jadi tidak salahlah jika anda ingin kongsikan amalan mulia di aplikasi MyDigi untuk sama-sama mendapat pahala.