Teman wanita arwah Nidza Afham dikenali sebagai Hazmiera berada dalam keadaan tidak stabil kerana masih belum dapat menerima hakikat pemergian penyanyi itu.
Memetik mStar Online, adik arwah yang juga penyanyi Aufahanie berkata wanita tersebut adalah orang terakhir yang dapat mesej dan individu pertama yang dapat tahu kehilangan Nidza.
BACA: “Abang Anak Paling Baik, Dia Yang Ibu Sehingga Akhir Hayat”
“Dia tidak jangka langsung dan dia adalah orang terakhir dapat mesej daripada abang dan orang pertama tahu dia hilang.
“Kalau bukan sebab dia, kami sekeluarga pun tak sedar arwah hilang tapi disebabkan teman wanitanya, kami bertindak pantas mencarinya. Keadaan dia tidak stabil dan beremosi, dia sekarang ada dengan ibu kami,” katanya.
Sementara itu, Aufa juga tidak mempunyai sebarang maklumat apabila ditanya mengenai dakwaan kad debit milik arwah yang dijumpai di rumah.
Aufa juga memaklumkan yang tiga ahli keluarganya telah dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
“Sekarang soal siasat sedang dilakukan sama ada kejadian ada unsur jenayah atau pun sebaliknya.
“Ayah, adik dan abang ipar dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan. Berkenaan kad debit, saya sendiri tidak mempunyai maklumat mengenainya,” katanya.
SUMBER: mStar Online