27 Tahun Simpan Rahsia, Akhirnya Halim Othman Bawa Anak Balik Beraya Di Kampung
Selepas sekian lama menyimpan rahsia, akhirnya umum mengetahui pengacara Halim Othman mempunyai seorang anak perempuan, Myra Natasya yang juga seorang pelakon dan pengacara.
Selepas 27 tahun menyimpan rahsia, Halim akhirnya akan membawa anak tunggalnya itu balik beraya ke kampung halamannya di Terengganu.
BACA: Halim Othman Reda Myra Berbinti Abdullah
Memetik mStar Online, Halim berkata dia mahu memperkenalkan Myra kepada kawan-kawannya yang ingin berjumpa anaknya itu.
“Saya punya niat nak bawa dia jalan-jalan selepas dah diumumkan dan jadi public (hubungan anak-beranak), saya nak bawa dia balik ke Terengganu. Ramai kawan-kawan saya yang nak jumpa dia.
“Tapi raya pertama saya akan hormati hak ibunya, biarkan dia beraya dengan ibunya dahulu di Kuala Lumpur, lepas itu mungkin bawa lari,”katanya.
Menerusi temu bual bersama MeleTop semalam, Halim menganggap anaknya itu seperti hadiah misteri buatnya dan apa yang berlaku mungkin sudah tertulis.
“Myra seperti hadiah misteri dan akan terbongkar pada waktu yang sesuai. Bagi saya semuanya dah tertulis.
“Masa saya sedang mengacarakan Roda Impian tahun 1996, Myra ketika itu baru umur setahun dan saya selalu terfikir nak bawa dia datang ke sini (studio 1), tak sangka akhirnya selepas 26 tahun dia jejakan kaki di sini,” katanya.
Myra merupakan anak Halim dengan bekas isterinya yang lahir pada tahun 1995 selepas setahun mendirikan rumah tangga di Thailand.
- SUMBER
- mStar Online
Aish kronologi mcm dlm drama terus. Pndai simpan rahsia 26thn. Hoho
Panjang lagi cerita rupanya
Anak Ayah, muka mirip Ayah
Saya putar halim
Bangga buka pekung
taktau apa sbnarnye berlaku.kalau kawin sekadar tutup kesilapan di thailand pun takkan dia nk mengaku status ank tu.mgkin sbb tu dia tknk teruskan permohonan tukar nama tu.yg geng jpn pun ramah mesra sgt nak menolong sampai nk membuka aib org amende.kalau dia boleh tukar dr dulu lagi dia dah fight utk buat.dia tknk tu so takyahla nk menyibuk.
Nak tahu..sahker nikah? kalau sesiapa cth Mira ni dia anak sah taraf (mean ada bapa sah) tapi mse nak nikah pengantin lelaki sebut nama dlm ic cth ” ..aku terima nikah Mira bt Abdullah”
Sedangkan ada bapa yg dikatakan bapa sah bernama haleem.
Ker boleh sebut nama pengantin pompuan Tanpa binti?
Piah …. Bawang sungguh ko ya ..
Alhamdulillah, Halim u dah buat yang terbaekkk.
Be a great father to Myra.Amin amin..
Bulan Ramadhan yg mulia semua Baik2, jgn kecam2 or perli2…habis Pahala kamu.
Dlm Islam kita diajar yg baik2 saja.
Allahu Akbar!!
Kita x tau apa kisah sebenar disebaliknya. Jgnlah memandai2 buat spekulasi. Hormatilah org lain & jgn fikir yg -ve sahaja
Adoi lahir sebelum nikah ler tu
Jgn la buat andaian yg blum tentu sahih bahkan bawa dosa…biarlah dia dn anaknya lalui masa2 yg sukar ini yg beri banyak pengajaran…Mohon jalan keluar dari Allah taala..berserah padaNya..semua berlaku dgn izinNya.., masih ada lagi yg perlu dirujuk pd keluarga..agamawan ..dsbginy .Most ialah pengakuan sibapa bahawa itu adalah anaknya dpn Allah taala dn jgn menidakkanya lagi..dosa pahala kena ambil tahu juga
Youalls, So moral of this story mory.. jgnlah kawin belakang kan keluarga Agama dan undang undang..
dan lepas tu sendiri membawangkan diri kat media…sedangkan diri pun xdpt bukti..jagelah hati family saudara mara juga. InsyaAllah semua ok.
Kita doakan Yang baik² je la..
Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusan anak beranak ini.