Walaupun mendapat perhatian ramai sebagai filem biografi pengasas dan ikon Apple pertama yang bakal ke’pawagam, masih tiada sebarang trailer memaparkan sedutan dari filem ini sehingga ke hari ini.

Kurang 24 jam, filem jOBS yang memaparkan kisah hidup Steve Jobs dari tahun 1971 sehingga 2000 ini akan membuat kemunculan pertama di Festival Filem Sundance 2013.


Filem arahan Joshua Michael Stern ini menyaksikan Ashton Kutcher memikul tugas membawakan watak ikonik Steve Jobs & bakal ke pawagam menemui peminat filem pada 19 April 2013.

Klip berdurasi 60 saat di’atas menunjukkan Steve Jobs (Ashton Kutcher) menyakinkan Steve Wozniak (Josh Gad) di tempat letak kereta Hewlett Packard tentang sistem operasi yang baru di’cipta oleh Wozniak.

Dalam perkembangan lain, Sony Pictures juga sedang mengusahakan sebuah filem Steve Jobs berdasarkan autobiografi tulisan Walter Isaacson & lakon layar bakal di’karang oleh Aaron Sorkin (The Social Network, The West Wing).