fbpx

Satu per satu khabar gembira dari Yuna yang kini berada di Amerika Syarikat yang kita terima. Kali ini berkaitan penglibatan Yuna dalam satu festival muzik epik.

Lollapalooza merupakan festival muzik tahunan yang di’anjurkan sejak tahun 1991 dan kini masuk tahun ke 20 penganjuran.

Tahun lepas sahaja, Lollapalooza berjaya menarik lebih 270,000 orang peminat muzik untuk tiga hari acara penuh muzik & seni.

Tahun ini, Malaysia mempunyai wakil sendiri untuk persembahan khas di Grand Park, Chicago yang telah menjadi lokasi tetap sejak tahun 2005 lagi — kita ada Yuna.

Menurut maklumbalas Yuna melalui Twitter rasmi beliau, Yuna berkata beliau akan membuat persembahan di pentas kecil sahaja namun bagi kami, jika ia’nya Lollapalooza, tiada yang kecil impaknya. 

Lollapalooza 2012 akan berlangsung pada 3 hingga 5 Ogos 2012 ini & jadual persembahan Yuna masih belum di’keluarkan sehingga ke saat artikel di’tulis — yang pasti anda masih sempat untuk tempah tiket kapal terbang.

http://www.youtube.com/watch?v=cJ_rEvJlfAw