fbpx

2 Tahun Kahwin, Upiak Mengaku Masih Perawan?

Sebut je lagu ‘Tak Tun Tuang’ pasti ramai tahu siapa penyanyi lagu tersebut iaitu Upiak Silvia. Lagu bahasa Minang itu pernah menjadi fenomena bukan saja di Malaysia, malah sehingga ke Thailand.

Tetapi ramai yang tidak tahu penyanyi yang berasal dari Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat, Indonesia itu pernah berkahwin, namun tidak bertahan lama selepas ditipu oleh bekas suaminya itu.

BACA: Selekeh Di Pentas, Upiak Tak Tun Tuang Ayu Berhijab

Baru-baru ini, menerusia sebuah program popular di Indonesia, Upiak mendedahkan kisah hidupnya yang agak tragis.

Menurut Upiak, walaupun pernah berkahwin selama dua tahun setengah, dia mengakui tidak pernah melakukan hubungan intim bersama bekas suami.

“Karena, dua setengah tahun menikah, saya masih bisa menjaga itu (kehormatan),” dedahnya.

Upiak memberitahu, selama berkahwin suaminya tidak pernah membuatkan dirinya rasa ghairah dan mungkin juga belum masanya lagi.

“Sebetulnya mungkin, kerana Tuhan belum mengizinkan saya. Dan, lagi-lagi wanita itu bergantung pada lelaki, berikan mood yang bagus dulu, mungkin baru boleh meluluhkan perempuan,” katanya.