fbpx

Kita beri peluang kepada Dato’ Siti Nurhaliza untuk muncul berkali kali sebagai topik entri hari ini.

Maklum’lah hari ini ulangtahun kelahiran penyanyi kesayangan ramai ini dan Siti Nurhaliza kini pun berada di Dubai, UAE.

Ada khabar dari seberang berkata yang seorang penerbit filem di Indonesia berminat untuk melamar Dato’ Siti Nurhaliza sebagai pelakon dalam salah sebuah filem terbitan mereka. PT Kentfilms Production bakal terbitkan sebuah filem berjudul Kekuatan Cinta tidak lama lagi.

Siti Nurhaliza di’khabarkan bakal di’tawarkan watak sampingan di’samping pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra dan filem Kekuatan Cinta ini akan di’tayangkan di Indonesia pada tahun ini. 

Agak tinggi juga cita cita penerbit filem Indonesia ini untuk mengambil Siti Nurhaliza untuk berlakon dalam filem mereka. Penerbit filem Malaysia bukan sekali dua menawarkan watak buat penyanyi nombor satu Malaysia ini. Heh.