fbpx

2 Minggu Jaga Makan, Abam Hilang 11 Kilogram

Tahniah buat Abam Bocey kerana tidak putus-putus untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Baru-baru ini Abam berkongsikan kisahnya berjaya menurunkan berat badan kepada BH Online dan katanya, perkara tersebut dilakukan bukanlah di atas desakan sesetengah pihak malahan bermula dari dirinya sendiri.

BACA: Abam Nafi Kongkong Isteri Selepas Kahwin

“Tuntutan kerja lakonan mendorong saya untuk menurunkan berat badan. Saya tak boleh cepat mengah kerana kerjaya ini memerlukan pergerakan yang aktif. Saya mahu jadi pelakon serba boleh dan tidak terbatas dengan watak tertentu saja”

“Kalau boleh saya nak jadi pelakon aksi. Mungkin keinginan itu dilihat mustahil, tapi saya sentiasa percaya kepada keajaiban,” jelasnya. Sebelum ini, berat badan Abam 188 kilogram dan susut kepada 177 kilogram.

Tambah Abam lagi, dia lebih bersemangat apabila proses penurunan berat badannya itu turut dilakukan secara berkumpulan selain turut mendapat sokongan dan galakan.

“Memang pernah berputus asa hendak kurangkan berat badan. Tapi apabila berada dalam pasukan yang selalu berhubung di aplikasi WhatsApp dan media sosial, kita jadi bersemangat. Mood datang setiap hari dan mahu bersaing sesama kami”

“Jadi kita berentap siapa yang boleh turunkan kilogram paling banyak. Apabila ada jurulatih pantau, ia tak susah. Cuma hati kena cekal dan berdisiplin. Nafsu makan pun kena jaga,” ujarnya. (rtky/s)