fbpx

Melatah Sejak Usia 18 Tahun, Wafariena Risau Tertetak Orang

Pasti ramai tidak tahu, pelakon cantik Wafariena rupanya berdepan masalah melatah sejak usia 18 tahun lagi.

Memetik Kosmo, Wafariena berkata tabiat itu bermula kerana sikapnya yang suka mengusik orang lain melatah yang akhirnya berjangkit.

BACA: Gara-Gara Nurul Ain, Wafariena Terima Ugutan Santau

“Dulu suka mengusik atau menyakat orang-orang di kampung terutama kalau ada majlis kahwin. Lama-kelamaan, saya pun berjangkit tabiat ini sampai fobia jika melatah semasa memegang objek tajam, takut tertikam orang lain.

“Kadang-kadang, tengah memandu kereta seorang diri pun boleh melatah, takut juga hilang kawalan hingga terbabas,” katanya.

Menurut Wafariena lagi, dia turut meminta supaya berhati-hati sekiranya bergurau dengan mereka yang mempunyai tabiat melatah sepertinya bimbang perkara tidak diingini berlaku.

“Saya risau jika tiba-tiba tetak orang atau hunus objek tajam yang mengakibatkan orang lain cedera. Kita pun tak tahu sebab melatah ini memang tiada ubat dan ia (melatah) bukan dibuat-buat,” katanya.

Sebelum ini, Wafariena ada memuat naik videonya sedang memotong daging korban bersempena Hari Raya Aidiladha sambil memegang pisau dalam keadaan melatah.