15 Tahun Menjanda, Mas Idayu Bakal Nikah Penerbit Televisyen
Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu bakal menamatkan zaman janda dengan lelaki pilihan yang juga penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen, Sufian Isa, pada September depan selepas 15 tahun menjanda.
Memetik Kosmo, penyanyi 50 tahun itu berkata mereka sudah mengenali ketika program Mentor 3 pada 2008 namun mula rapat sejak beberapa bulan lalu.
BACA: Tak Tolak Jodoh Di Usia 50 Tahun, Mas Idayu Akui Sedang Mengenali Seseorang
“Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini (pernikahan) sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri.
“Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik dan boleh menerima saya serta anak seadanya.
“Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Daripada sekadar hanya usikan rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita tahun lepas, terus membawa kepada hubungan yang serius,” katanya.
Kata Mas Idayu lagi, bakal suaminya itu sudah pun bertemu dengan kakaknya dan menyampaikan hasrat hati untuk memperisterikan dirinya.
Mengakui gembira, Mas Idayu berkata akhirnya dia dipertemukan dengan pasangan yang boleh menjaganya serta anaknya.
“Tidak ada istilah dia melamar saya pun. Kami masing-masing faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung.
“Tentu saja saya gembira. Bukan kerana nak kahwin, tetapi lebih kepada saya dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya dan anak nanti.
“Kalau bercakap soal persiapan, sekarang ini baru 30 peratus siap. Tempat pula kami sudah ada beberapa lokasi, tinggal nak pilih saja,” katanya.
Terdahulu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercerai sembilan tahun kemudian. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.
- SUMBER
- Kosmo!
Masa kawin muda² dulu, senyap² je dia. Sampai dah berpisah.. Dulu ramai berspeku & berteka teki siapa suaminya. Walaubagaimanapun sempena hari baik bulan baik ni, di doakan semoga semua urusan di permudahkan. Paling penting semoga Mas Idayu & anak bahagia hingga ke jannah dengan jodoh & penyatuan itu nanti..
Amboii dpt bakal suami muda dari mummy
Tahniah…
Semoga nnti anak dpt layann baik kasih syg ayah tiri.