Sudah 14 tahun berkahwin namun belum dikurniakan lagi cahaya mata, pelakon Beto Kusyairy tidak pernah menyalahkan takdir serta akur dengan ketetapan Tuhan mengenai rezeki zuriat.

Memetik Xtra, Beto berkata dia dan isteri sudah berusaha untuk mendapatkan zuriat termasuklah menjalani rawatan Islam, tradisional dan moden, namun belum rezeki lagi untuk menimang cahaya mata.


BACA: Beto Kusyairy Tak Setuju Rupa Lebih Penting Dari Bakat

“Kalau dikira, 14 tahun dah saya kahwin dan jadi suami, tapi rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami. Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki.

“Nak kata tak usaha, macam-macam cara saya dan isteri dah cuba. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani.

“Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tiba lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya,” katanya.


@user1285999598428

Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah? #fansbetokusyairy #fyp #foryou #foryourpage #fyp? #fyp? #masukberanda #masukberandagak #masukberandagak #berandafyp #berandagak #berandafyp #berandafyp #foryou #halimun

? original sound – I . S . A ?? – A | R ?

Sementara itu, tular sebuah video dimuat naik seorang pengguna di aplikasi TikTok. Namun, apa yang menjadi perhatian kapsyen pada video merujuk kepada soalan yang biasa diterima pasangan tersebut.

“Dah 14 tahun kahwin, tak ada anak lagi. Tak nak kahwin lain ke?” tulis kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, diruangan komen rata-rata netizen memuji kesetiaan Beto dan isteri serta mendoakan agar pasangan itu dikurniakan dengan kehadiran zuriat.