fbpx

13 Tahun Bercinta, Shiha Zikir Belum Tahu Bila Akan Kahwin

Usia kini sudah memasuki 35 tahun, sudah pasti Shiha Zikir tidak terlepas apabila sering ditanya tentang kahwin oleh ibunya.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Meskipun sudah 13 tahun menjalin hubungan cinta dengan jejaka bernama Arul, bagaimanapun Shiha percaya dengan takdir yang tertulis untuknya.

BACA: 12 Tahun Bercinta, Shiha Zikir Belum Fikir Soal Kahwin

Kata Shiha lagi, dia juga tidak memberikan tekanan pada diri sendiri serta menganggap dia diberi peluang untuk menjaga ibunya.

“Bercakap mengenai perkahwinan, ibu sudah mula bertanya sebab kami sudah lama bercinta. Insya-Allah. Saya pun sudah 35 tahun. Kalau ditakdirkan tahun ini, maknanya tahun inilah.

“Saya percaya 100 peratus dengan apa yang sudah Allah tetapkan. Kawan-kawan saya ada yang call menangis sebab stress tiada orang nak. Tapi, saya nasihatkan agar mereka jangan risau sebab Allah dah tetapkan.

“Saya pun tak berikan tekanan kepada diri sendiri walaupun sudah ramai yang tanya. Saya anggap sekarang ini adalah waktu untuk saya jaga ibu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shiha turut meluahkan rasa syukur kekasihnya itu seorang yang sangat memahami serta tidak cemburu jika ada mana-mana lelaki cuba mendekatinya.