fbpx

13 Tahun Bercinta, Shiha Zikir & Arul Nikah Tahun Ini

Hampir 13 thaun menjalin hubungan cinta, penyanyi Zhiha Zikir dan pasangannya, Kamarul Arifin Baharun mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga tahun ini.

Memetik Harian Metro, Kamarul atau lebih dikenali sebagai Arul berkata dia dan Shiha bakal disatukan tidak lama lagi jika tiada aral melintang.

BACA: 13 Tahun Bercinta, Shiha Zikir Belum Tahu Bila Akan Kahwin

“Insya-Allah, tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Shiha berkata dia lebih selesa untuk tidak berkongsi lanjut mengenai hal perkahwinanya selagi tarikh rasmi belum diumumkan.

“Dulu memang saya gemar berkongsi kisah peribadi, tapi sekarang saya mahu fokus pada karier. Lagipun sebelum ini orang selalu bertanya dan saya terbuka untuk menjawab hubungan saya dengan Arul.

“Saya tidak akan berahsia atau mengatakan saya masih solo. Bila sudah berkahwin nanti, barulah lebih selesa untuk kongsikannya secara terbuka,” katanya.

Sementara itu, Shiha berkata dia tidak mahu menangguhkan perkahwinannya lagi apatah lagi usianya sudah mencecah 36 tahun, malah keluarga pun sudah bertanya.

“Perkenalan kami sudah memasuki 13 tahun dan mestilah mahu hubungan ini ke fasa seterusnya. Saya pun sudah 36 tahun, keluarga pun ada bertanya.

“Insya-Allah kalau tiada apa-apa halangan, kami akan kongsikan mengenai hari bahagia lebih lanjut. Saya tak kisah kalau (kahwin) tahun ini. Sekiranya ia dipermudahkan, saya ‘on’. Kata orang, lagi cepat lagi bagus,” katanya.