“12 Tahun Kita Bersama, Setiap Hari Macam Pengantin Baru”
Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 pada 1 Ogos lalu, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menitipkan ucapan romantis buat isterinya yang tercinta menerusi Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Ustaz Ebit meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana mempertemukan dia dengan isterinya serta mengucapkan terima kasih buat bidadarinya itu kerana sudi menjadi isterinya.
BACA: Sanggup Beratur Panjang, Ustaz Ebit Sebak Sokongan Orang Ramai Buat Elewsmart
Ustaz Ebit berkata meskipun sudah 12 tahun bersama tetapi setiap hari beliau jatuh cinta cinta pada isterinya dan rasa seperti pengantin baru. Ujarnya, tanpa isterinya tidak mungkin beliau mampu mengecap kejayaan hari ini.
“Syukur pada Allah yang menemukan kita. 12 tahun kita bersama. Macam mimpi. Setiap hari rasa macam baru semalam berkenalan. Setiap hari rasa makin jatuh cinta. Setiap hari macam pengantin baru.
“Tanpa bidadari abang tak tahulah bagaimanalah nak berdakwah, berkhidmat kepada insan keliling dan berjuang. Ya Allah terima kasih atas anugerahmu penyejuk mata dan peneman perjuangan ini. Terima kasih menemani perjalanan hidup ini. I love u bidadariku,” tulisnya.
Dalam entri itu, Ustaz Ebit turut berkongsikan video bersama isterinya di dalam pasar raya miliknya.
Perkongsian Ustaz Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan itu serta mendoakan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.
Semoga kekal hingga je akhirat ustaz dan isteri…. Jadi contoh suami² diluar sana.. jeles ah kat bini ustaz ebit. Hiks!
aduhhh sweet nya @ebitlew. shoooo romants gitchuuuu… contoh teladan buat lelaki2 dlm menjaga isteri mereka. lelaki yg treat isteri mcm ni pasti mudah mmbentuk queen yg mahu berkhidmat kpd nya dgn rela. org perempuan ni lembut je. jika lelaki tu memberi sedikit, wanita akan mmbalas dua kali gnda. so jgn kedekut dgn isteri anda.
Kalu ustaz melayu dah start cari yg baru dah. Tau buat anak lepas tu cerai konon tak pandai layan. Tak berkat langsung
JANGAN SALAHKAN USTAZ SALAHKAN INDIVIDU.
KALAU KO SALAHKAN SEMUA…MAKNAYNYA KO KURANG BIJAK.
SELAGI MANUSIA…
ORANG ATAS,, APA TUJUAN KAMU MENGGUNAKAN NAMA SAYA,, JANGAN TABUR FITNAH,, HINA GUNA NAMA SAYA,, HENTIKANLAH,,,,,
Smoga jantan2 mlayu blh jdkn ustaz ebit liew ni contoh layan isteri..bagus ustaz ni xde dia mengeletis nk menambah bini, asik busy kumpul pahala akhirat.
Pak Lah walaupun sudah mencapai usia 60an masih bergetah. Umpama kelapa yang semakin tua santannya semakin lemak…begitulah Pak Lah. Masih ada SATU kekosongan jika ada gadis manis yang mahu dimanjakan seorang lelaki matang. Pak Lah pernah dikatakan ada iras2 aktor kacak Jalaluddin Hassan. Begitu sekali aura PakLah. sekali pandang tak jemu.
sweet jgak ustaz ebit, mga bahagia hingga ke jannah
Wahai pak lah yg x sedar diri..allah kalau nk tarik nyawa bila2 masa je..yg bergetah tu suko ko masa sihat je..bila dh terlantr sakit diorng kompom cari lain..ko n btg ko mereput sorang2 sampai lubang kubur…selamat bahagia ngn perangai gatal telo tua tu..patutnye bila dh tua..bg contoh teladan yg baik tuk yg mude..ni x sibuk nk ngajoo bnde tk betul..sunah nabi bukan stakat tmbah bini ye pak lah lnjuttt
Dah dah la ustaz oiii….makin meluat plak asik dok highlight pasal bidadari kau ustaz oiii….buat kerja amal mcm dulu dah la…skrg ni asik nak jual bini dlm media sosial plak dah…budak2 tak kahwin pon dok ikut mcm org dah kahwin nak sweet2 konon obses hargai teman wanita..simpan jer bini tu kat rumah…org lain pon ade bini jugak ustaz..makin menyimpang plak ustaz skrg.stop it ustaz..jadi ustaz yg mcm dulu2..bkn mcm skrg..semua nak tayang