Selepas persaingan sengit selama tiga minggu, 12 lagu mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-35 yang dijangka bakal berlangsung Januari depan.
Keputusan itu diumumkan gandingan pengacara Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35) sebentar tadi.
Berikut merupakan 12 lagu yang layak ke Final AJL ke-34:
Belenggu Rindu – Jamal Abdillah & Wany Hasrita
7 Nasihat – Kmy Kmo, Luca Sickta & Shiha Zikir
Hati – Hael Husaini
Semalam – Aina Abdul
Peluang Kedua – Hael Husaini
Hutang – FLOOR88
Kau Sakiti – Amir Masdi
Gundah – Ernie Zakri
Gila – Kaka Azraff, Noki & Tuju
Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter
Eh – Zizi Kirana
Aku Bidadari Syurgamu – Aishah