fbpx

12 Lagu Bakal Berentap Di Anugerah Juara Lagu Ke-34

Selepas persaingan sengit selama tiga minggu, 12 lagu mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-34 yang bakal berlangsung Januari depan.

Keputusan itu diumumkan gandingan pengacara Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni (Hot FM) pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 34 (SFMM34) di Sri Pentas 2, Shah Alam, malam tadi.

Menariknya utk edisi kali ini, lagu judul sama iaitu Sumpah nyanyian Naim Daniel dan Aina Abdul antara 12 lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34.

Berikut merupakan 12 lagu yang layak ke Final AJL ke-34:

Drama – Drama Band
Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
Ku Bersuara- Ernie Zakri)
Anta Permana – Bob Yusof
Bangun -Aman RA
Sumpah – Naim Daniel
Ragaman – Fairuz Misran
Rampas – Akim & The Majistret
Dinda – Kugiran Masdo
Peneman – Hazama
Sumpah – Aina Abdul
Lembah Kesepian – Haqiem Rusli

Tahniah buat semua finalis yang bakal berentap di pentas akhir AJL34 yang dijadualkan berlangsung pada Februari depan. (rtky/h)