fbpx

Siapa jer yang tak tahu lagu viral TikTok berjudul ‘Are You Ok?’ Ini. Selalu terngiang-ngiang di telinga dan viral di setiap pelusuk dunia dah pun!

Lagu viral dari Kemboja ini dinyanyikan oleh gadis cantik manis Ton Chan Seyma di bawah syarikat rakaman CAM-POP Galaxy Navatra.

Untuk info anda, Ton Chanseyma adalah penyanyi termuda dan tulang belakang terkuat CAM-POP Galaxy Navatra tau. Dia juga kini dinobatkan sebagai seorang penyanyi yang paling banyak menerima karya pengiklanan daripada syarikat terkenal di Kemboja tahun ini. Fuh, meletop!

Ramai Suka & Addicted!

Kalau anda nak tahu, sejak Musik Video (MV) dikeluarkan dalam YouTube, views dah pun mencecah sehingga 117 juta tau. Gila lah! Mana tak nya, lagu ni memang betul rancak dan catchy. Tarian dorang pun menjadi ikutan sebabnya mudah nak follow step. Padanlah geng Tiktokers suka sangat lagu ini.

Lagi menarik apabila lagu yang berbahasa Khmer ini diselitkan sedikit dengan pelbagai bahasa iaitu bahasa Korea, Melayu dan Mandarin, padanlah orang suka sangat dengar sampaikan budak-budak pun suka weh.

Haish tak nak cakap banyak lah, anda yang tak biasa dengar lagi tu, jom dengar sama-sama. Barulah rancak!