11 Tahun Bercinta, Shiha Zikir Belum Fikir Soal Kahwin
Usianya sudah menanjak 32 tahun, penyanyi Shiha Zikir tidak mahu terburu-buru untuk menamatkan zaman bujang meskipun sudah 11 tahun menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka dikenali sebagai Arul.
Menurut Shiha, dia sangat bersyukur kerana mempunyai kekasih yang memahami dan tidak pernah memaksa dalam soal perkahwinan. Malah, teman lelaki itu juga sentiasa memberi semangat padanya untuk terus maju dalam industri seni.
“Walaupun dah 11 tahun tapi dia sentiasa memberi semangat kepada saya dalam industri. Saya pun lega sebab kalau dapat pasangan suka paksa nak kahwin mesti pening kepala.
“Bagi saya, setiap apa yang kita nak lakukan tak perlu nak terburu-buru atau memaksa. Sebab Tuhan dah tetapkan masa untuk kita. Kami dah berusaha tapu bukanlah bermaksud tak nak kahwin. Cuma, tunggu waktu yang tepat dan go with the flow sahaja,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Shiha menyifatkan dirinya seorang wanita bertuah kerana mempunyai kekasih yang memahami dan tidak pernah rasa cemburu dengan mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya.
Ujar Shiha lagi, dia tidak mahu menetapkan sasaran bila akan berkahwin kerana masih ada impian yang belum dikecapinya lagi.
“Saya tak nak terlalu merancang sangat soal kahwin kerana bimbang juga apa yang dirancang tak menjadi. Jadi lebih baik kita tunggu sahaja.
“Lagipun ada impian yang belum capai. Mungkin selepas saya menjadi juara dalam mana-mana pertandingan saya terus kahwin,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
goodluck
Whoareyusss ?????
pahtu kau ingat , kau bercinta 11 tahun tu akan kekal ?? dah kenal luar dalam bf kau btl2 ?? hakak nasihat ,, bercinta lama2 buang masa kau dik. umur dh banyak, baik kumpul anak.
besok, umur dh 35 baru nak ada ank, baru kau tau rasa penat x larat, badan dh semakin tua, sakit sana sini. eeee kosserrrr !
Who la ?
Time to move. Too long a relationship means the guy isnt serious. Nak tunggu sis monopos baru nk ready nikah u? So better u move on. No point tunggu a relationship yg going nowhere. Tetiba laki tu nikah dgn org lain. Masa tu u dh 40? Think.and…run.
Hahahahahhhhh