10 Tahun Menanti Zuriat, Azmi Saat Korek Tabung Hantar Isteri Bersalin Hospital Swasta
Hampir sepuluh menantikan anak sulung, penyanyi Azmi Saat teruja bakal menjadi seorang bapa. Azmi berkata dia memilih tarikh 27 September ini untuk menyambut kelahiran anaknya.
Menurut Azmi, isterinya, Nazirah Muhammad bakal melahirkan bayi mereka secara pembedahan atas nasihat doktor untuk mengurangkan risiko pada anak mereka.
BACA: 10 Tahun Menanti, Azmi Saat Bakal Timang Anak Pertama
“Alhamdulillah kandungan isteri sudah cecah 37 minggu. Ikutkan isteri dijangka bersalin secara normal pada 8 Oktober depan.
“Tapi doktor cadangkan untuk bersalin secara pembedahan seba dah 10 tahun kami tunggu baby. Takut tunggu lama ada maslaah pada baby.
“Saya pilih 27 September sempena hari lahir saya dan kebetulan isteri memang nak baby lahir pada Jumaat atau Isnin. Tarikh itu jatuh pada hari Isnin,” katanya.
Dalam pada itu, Azmi berkata dia sanggup menggunakan wang simpanan untuk proses bersalin di hospital swasta demi menghargai isterinya yang melahirkan anak mereka.
“Kalau ikutkan dalam keadaan sekarang soal pembelanjaan itu memang agak susah. Tapi memikirkan anak sulung dan belum tentu selepas ini ada rezeki lagi. Tak apa saya sanggup berkorban.
“Lagipun demi nak hargai isteri saya. Dia dah mengandung dan nak melahirkan anak saya. Kalau bersalin di hospital kerajaan, suami tak boleh teman. Isteri nak saya ada waktu bersalin,” katanya.
Azmi mendirikan rumah tangga dengan Nazirah yang juga cacat penglihatan pada tahun 2011.
- SUMBER
- mStar Online
? oh to be loved like her.
Tuhan itu ada… Semoga dpermudahkan Dan selamat.. Have a great parenthood. Amen.
dia ni kn under syarikat rakaman kan..x kn xde gaji bulanan.. serius la.. hari tu masalah rumah..tp dh dpt ppr…skang masalh kewangan utk bersalin..
klau mcm ni baik keluar la bidang lain..buat bisness ke.. nama dh ade.. kesian kat baby tu nanti..harap ade org tlg bg bantuan kt diorg ni..
semoga dipermudahkan segala urusan…